03 OKTOBER 2010 (Ahad)
Tarikh yang sama cuma tahun yang berlainan, satu kebetulan masa aku buat open house. Bagi tahun 2010 ni, aku tak rancang sebenarnya nak buat atau tak kerana aku baru je balik dari kursus di Cherating.
Kali ni, hubby yang rancang semua, aku bagi tarikh dan jemput rakan di tempat kerja, yang lain hubby uruskan. Aku memang bercadang tak nak buat macam tahun lepas, penat nak kemas luar dalam rumah - dan inilah hasilnya. Itupun dah penghujung majlis baru nak ambil gambar. Mana taknya dari awal aku memang tak cukup kaki+tangan, nasib baiklah pengasuh anak-anak dan family datang jadi pengasuhlah yang sibuk tolong bantu didapur (pagi tu jiran kat rumah pun ada datang tolong).
Menu:
kambing masak kari, ikan masin, tempe goreng, ulam-ulaman, buah dan air.
Penghujung Majlis
Penutup:
Terima kasih pada team TDBi yang sama-sama bertungkus-lumus membantu hubby dalam menjayakan majlis rumah terbuka kami untuk tahun 2010 ni.
ppssttt...
ReplyDeletewalaupun takde kena mengena tapi entah kenapa entry open house nih buat kita teringat hari raya lah..
oh...
puasa pun belum dah sebok pikir raya...
:)
Hidayah Bach:
ReplyDeletepsstt: nanti bila akak buat lagi akak jemput.. ;)