Assalamualaikum dan selamat pagi tuan/puan,
Perkara di atas adalah dirujuk.
Kepada tuan/puan yang mendaftar masuk ke dalam blog ini, adalah dimaklumkan bahawa tuan punya blog ini tidak dapat BW ke blog tuan/puan buat beberapa jam bermula selepas entry ini dimasukkan.
Ini adalah kerana, tuan punya blog a.k.a akulah tu, akan ke hospital pagi ini untuk membawa si adik membuat rawatan susulan. Sebaik sahaja urusan di hospital selesai, aku perlu bawa si kakak ke kedai gunting rambut (kakak request nak potong rambut macam stacy tapi dia sebut bunyi jadi teksi... Kihkihkih... Sorry Stacy)
Sebaik kedua-dua urusan itu selesai, aku perlu berkejar balik (bukan berlari) untuk mengemas pakaian dan barang-barang untuk pulang ke kampung. Atas segala urusan di atas pemandu peribadi merangkap en. Hubby tidak dapat menjalankan tugas kali ini kerana beliau kepenatan kerana terlibat dengan Rukuntetangga menjaga kawsan perumahan daripada dimasuki pencuri untuk kesekian kalinya (cubaan2 pencuri sebelum ini yang berjaya dipatahkan).
Diharap tuan/puan bersabar dengan tugasan aku kali ini dan kita akan berjumpa selepas urusan berkaitan selesai.
Sekian, saya suka.
Yang benar,
MMI
Pembantu Khas kepada en. Hubby.
Nota:
Tiba-tiba teringin nak mengarang surat tak berapa rasmi.
Aku nak stop kejap sebab dah sakit jariku ini menggunakan hp gara-gara aku geram dengan si monyet a.k.a b****band. Aku dahlah spesis tak sabar, hilang cool aku di pagi hari.. Kihkihkih... Ok guys.. Wanna move for a while.
Selamat memenuhi tugasan ye..n take care..nanti jumpa lagi..Inshaallah:)
ReplyDeleteselamat menjalankan tugas..post style surat..idea yang menarik..
ReplyDeletejanganlah marah-marah pasal broadband tu. biasalah internet kat malaysia ni memang tak laju..lebih2 lagi pakai berukband
memang betul, sekarang ni try cuba test kat rumah pengasuh... wah... line laju gile sebab kat tingkat 10... kihkihkih...
ReplyDeleteok guys, petang @ malam nanti kita chat balik k.. tak sabar nak balik kampung, nanti i bw blog korang k... muahhh... sayang korang...
bila nak sampai myblog? dah malam :-(
ReplyDelete(hanya sekadar gurauan)
k.ariana dan Faris:
ReplyDeletethanx singgah, ok tengah cuba menggodek2 sekarang ni... akan ku terjah jangan risau...