Followers Remaja Purba

Sunday, March 13, 2011

its shopping time

Pasar pagi Shah Alam:
Rasa dah lama tak pergi kat sini, segala macam benda ada kat sini, dari sekecil sampailah sebesar barang ada dijual, siapkan duit je. Kakak dan adik pulak, macam biasalah janji takkan beli mainan tapi tau jelah masuk lorong sana ada masuk lorong sini ada, pusing belakang ada, pandang depan pun sama. Dari merengek sampailah menangis bagai selagi tak dapat barang mainan dorang. Aduh! Mood nak membeli dan belah pun terus hilang... Geramnya dengan si adik, yang kakaknya ok bila kita pujuk (memanglah dia dah dapat apa yang dia nak).

Lama tak lamalah kat pasar tu, sampai aku rasa nak pitam sebab panas terik mentari, nasib baik tadi dah sarapan.

Sampai kat rumah rehat lepaskan penat, teringin pulak nak makan pizza. Ajak hubby pergi take away pizza. Hujung minggu cenggini selera jadi tajam... hahaha...

Sekarang kakak dan adik dah tidur, kepenatan + kekenyangan. Aku kejap lagi hanyutlah ni, nak BW dulu. Moga line internet ok dari semalam agar aku dapat buat BW.

13 comments:

Faris Adli said...

hujung minggu makan pizza..memang seronok apatah lagi bersama-sama dengan keluarga..

berapa umur kakak dan adik tu? maaf saya baru first time singgah di blog ni.

aizamia3 said...

yup... memang seronok, nak pulak hujung minggu je dapat bergumbira bersama2...
Kakak umur dia 7 tahun, adik nak masuk 4 tahun.

terima kasih singgah ziarah..

Dda Ly said...

anak2 saye, 3 org da post balek kg..tinggal yg baby je..hihi sronok spent time ngan family time cuti2 kan..:)

meh ke rumah..
~monday blues~
keep in touch ye..♥♥♥

aizamia3 said...

betul2.. bila anak takde sunyi pulak, bila anak ada gaduh aje... itulah resam berfamily.

Faris Adli said...

biasa la tu..gaduh2 sayang..aduh bukan sebab membenci

aizamia3 said...

betul2... seronok dengan kerenah anak yang menguji kesabaran tu sebenarnya...

sekarang naik juling mata dok BW, nak makan ni lapar tapi jari taknak berenti lak... hehehe...

Faris Adli said...

kalau BW, singgah la blog saya ye.. nak makan tapi tgh hujan lebat kat luar

aizamia3 said...

tadi lagi dah terjah tapi kan... kita kan... tak tahu nak click follow kat mane...? ke kite yang rabun ni...

Faris Adli said...

@aizamia3: dah singgah ye..betul la terlupa..sorry..

nak follow ke? buat masa ni function follower takde lagi..sebab dunia faris adli tak guna blogspot. blogspot ada automatik function follower

Faris Adli said...

@aizamia3: dah buat dah follower..you follow i..i follow you

aizamia3 said...

ok dah follow... wah ada hadiah tak jadi yang pertama kat situ... hehehe...

Faris Adli said...

nak hadiah ke? takde..sebab takde duit..

aizamia3 said...

haha... ingat ada hadiah... tapi takpe, boleh menambah rakan di alam maya. Dalam blog Faris pun ada tips2 menarik, boleh membantu untuk yang 'rabun' IT ni.. kihkihkih...

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...