Followers Remaja Purba

Tuesday, March 15, 2011

go slow and steady

Aku tak bercadang nak ubah apa yang aku dah biasa buat dalam blog ni tapi kadang-kadang kita perlukan perubahan, tak banyak sikit. Memandangkan keadaan adik semakin pulih aku ingat nak cuba buat kelainan dalam blog aku ni.

Mungkin mula-mula ada yang akan berkata, dia ni nak kejar traffic nak glamour ke? Biarlah orang nak kata apa, ini blog aku, kalau ada yang tak suka aku tak boleh nak kata apa; masing-masing dengan cara masing-masing.

Buat pengetahuan korang terutama pada mereka yang baru ambil tau pasal blog ni, selama aku berblog ni lebih tertumpu kepada si adik (anak no 2 aku) yang pernah dimasukkan di wad. Kisah si adik boleh tengok dari awal entry tahun 2009 lagi. Kebanyakkannya memang berkisar mengenai keadaan adik.

Namun, sejak kebelakangan ni, aku teringin nak buat kelainan. Mungkin pelik tiba-tiba aku rajin join contest seolah-olah identiti blog ni dah lari, tapi terus-terang sejak aku pertama kali join contest dari abg ben, aku jadi teruja nak kenal dengan ramai blogger-blogger di alam maya ni. Kalau sebelum ni aku tak kisah langsung tapi sekarang aku dapat mengenali blogger dari pelbagai peringkat umur. Macam-macam entry, macam-macam idea, memang seronok; dan hubby sendiri tiada halangan cuma pandai-pandailah jangan terlebih sudah cuma halangan terbesar setakat ni ---> sape lagi... kakak dan adiklah. kihkihkih...

Ok, cukup dulu buat masa ni. Aku bukanlah blogger tegar nak hadap lappy je, ada masa aku cerita lagi; namun aku akan cuba menjenguk blog-blog korang yang rajin singgah terjah di sini. Korang memang best.



Nota:
17 Mac 2011
---> Further check up adik di Bahagian Pemulihan Anggota Badan, PPUM.
---> Balik kampung di Negeri Sembilan dan Melaka.

Rindunya aku dengan suasana dan orang di kampung.

12 comments:

  1. "sejak aku pertama kali join contest dari abg ben, aku jadi teruja nak kenal dengan ramai blogger-blogger di alam maya ni."

    dunia faris adli adalah salah satu kan? memang teruja dapat kenal blogger-blogger ni. kalau dari dulu tahu betapa bestnya dapat kenal blogger-blogger lain mesti dah lama buat blogwalking..

    ReplyDelete
  2. betul tu Faris...
    Memang tak terlintas nak BW macam sekarang ni, bukan sebab tak rajin tapi masa tu tak tau. Sekarang ni sedang menjinakkan diri dengan rakan-rakan baru, korang memang best.

    ReplyDelete
  3. best bler join segmen abg ben, sbb dpt kenal rmai blogger..
    huuhhuhuh :)

    ReplyDelete
  4. betul2.. seronok bila dapat keep in touch antara blogger kan.. memang cool segment2 abg ben..

    ReplyDelete
  5. aizamia3...
    kita pun kenal mase blog jelajah ibu kan...hehhhe

    ReplyDelete
  6. betul2.. mana tau dari situ kita dapat mengeratkan lagi tali persahabatan kan... kita memang patut berterima kasih pada en. ben yang buat contest tu, kita dapat kenal ramai kawan... kan..

    ReplyDelete
  7. qaseh baru dtg blog ni .. hehe selamat kenalan ye .. blog abg ben mmg buat blog2 kite ramai pengunjung :)buat pape pun perubahan tu kan blog kite ... :)

    ReplyDelete
  8. tak salah kita bercerita tentang diri sendiri. sekali skala buat perubahan tp jgnlah terlalu open.

    anyway, happy blogging :)

    ReplyDelete
  9. Qaseh & noraim:
    Betul tu.. takdelah nak berubah secara total, hanya sedikit dan tak menjejaskan isi blog ini. Terima kasih atas pendapat kalian.

    Memang best BW... dari sini dapat kenal korang semua.. serius.

    ReplyDelete
  10. Dtg rumah kamo plaks...
    Sy pon sronok dpt rmai kawan alam maya nii..
    Byk yg kena blaja lg..

    Btw,dah follow u
    If u don't mind...follow me back ya..tenkius

    ReplyDelete
  11. puan aizamia sibuk ke hari ni? kenapa tak update blog? masa untuk blogwalking dunia faris adli baru bermula

    ReplyDelete
  12. nak update hari-hari tak dapat kut Faris, komitment kerja dan di rumah memerlukan akak lebih daripada akak memerlukan lappy tapi akak tetap cuba untuk lawat blog kengkawan, pukul 5 am nak layan blog, line pulak tak ok, rasa nak patahkan je monyet ni. Sudahnya akak terpaksa gunakan hp... Huhu...

    Tak petang, malam nanti ye... Jelajah tetap terjah, cepat atau lambat je..

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...