Friday, December 30, 2022

Minggu terakhir Disember 2022


25 Disember 2022 - Ahad
Tengahari:
Aku di SINI..

Malam:
Pukul 11:30 malam dak Kakak tiba dari Pahang. Alhamdulillah.. lega aku bila dah nampak dia ada depan mata.


26 Disember 2022 - Isnin
Meluangkan masa beriadah bersama anak-anak dengan bermain bowling. Sebelum itu aku bagi pilihan pada anak-anak sama ada nak tengok wayang atau main bowling.

Lega.. bowling menjadi pilihan anak-anak sebab MakBudak yang tak nak tengok wayang sebenarnya. Walau balingan dah ke gaung dalam tapi takdelah teruk sangat corak permainan aku.. hahaha..

Cikgu sedang mengajar anak-anak muridnya.

Bila Babah mengajar anak-anak bermain bowling.
Lucu tapi menyeronokkan.

Penat bermain bowling..
Kita sambung yang ini pula.
Anak-anak gembira, aku dan en. Hubby bahagia.


27 Disember  2022 - Selasa
Dengan langkah kanan memulakan perjalanan ke tempat kerja. Rutin harian kembali seperti biasa.


28 dan 29 Disember 2022 - Rabu & Khamis
Cuti Sakit diberikan oleh doctor dek kerana sakit pinggang + gusi sakit serentak. Sakit berdenyut-denyut dibuatnya.


30 Disember 2022 - Jumaat
Pagi:
Menyerah diri di klinik gigi bila mana semakin teruk aku rasakan. Sangat tak selesa + sakit berdenyut-denyut + susah nak tidur.

Rindu dengan laluan naik ke parking bangunan ini.
Dah berubah wajah sebahagian darinya.

Rindu... rindu serindu-rindunya..

Bila aku ada urusan di sini, aku lebih suka parking di dalam bangunan, senang untuk membuat urusan berkaitan di kawasan berhampiran. Tak perlu terkial-kial mencari parking kosong. 

Malam:
Bawa dak Kakak ke klinik - demam + batuk + selesema. Bila jarang sakit.. sekali kena boleh terbaring lesu dibuatnya.

#RemajaPurba: Masa untuk berehat.

Thursday, December 29, 2022

Baju Tema vs Kenduri Perkahwinan


25 Disember 2022 - Ahad

Menghadiri kenduri perkahwinan anak kawan en. Hubby di selatan tanahair.. eemm.. 🤔 Macam biasa warna baju aku mesti sama tiap kali pergi kenduri tapi kali ni aku rasa macam aku anak tuan rumah 🤣 - sampai ada yang bertanya aku siapa. Aku pulak selamba duduk menyelit di khemah utama bersama mak dan ayah pengantin. 

Dari jauh bila nampak warna khemah, aku tahu yang aku dah tak boleh nak patah balik.

Hitam + Ungu = Cantik

Sementara belum ramai orang, jomlah kita makan dulu.
Menu yang disediakan oleh pihak catering, semuanya sedap belaka.

En. Hubby bila dah jumpa geng, aku pun dia dah tak kisahkan.

Pasangan pengantin yang diiringi dengan paluan kompang..

Kompang dipalu pengantin baru..

Dulu...
Zaman aku Budak Purba, suka sangat tengok orang main kompang ni, bajet cun ler masa tu.

Sekarang..
Suka jugak tapi ambil gambar + video jelah.. dulu tak merasa.

Makan beradab

Gambar kenangan haruslah ada..

Baju asal yang ingin aku pakai - hijau

Nasib baiklah aku tak pakai warna senada dengan pihak pengantin perempuan.. last minute tukar pakai warna baju lain tapi warna itulah yang sama dengan family tuan rumah. Kau rasa.. 😆 (takkan aku nak tanya dengan tuan rumah 'tema warna apa' tiap kali pergi kenduri kan..) 😅

Lupa nak ambil gambar semua menu makan beradab kali ni.

Mak dan ayah pengantin lelaki.

Nasib baiklah corak baju kita tak sama.. 

Banyak sebenarnya gambar yang ada tapi sebab aku tak kenal, jadi ini jelah yang aku simpan di sini.

'Mak dan Ayah' kita.. 

Kakak dan Adik..
Geleng kepala en. Hubby melayan kerenah MakBudak..

Ice cream pun sama warna dengan baju aku.

Sebelum balik..
Bukan dua, bukan tiga tapi lima kuntum aku bawa balik..
Bunga telur untuk tetamu hasil buatan mak pengantin lelaki

Bunga yang diperbuat dari kertas suratkhabar

Bunga yang ini pula diperbuat dari sabun.. wangi.


SEBENARNYA..
Tuan rumah dengan en. Hubby pernah bekerja di tempat kerja yang sama sebelum ini. Bertambah rapat bila setiap kali menyambut hari raya Aidifitri yang mana rumah mereka antara 'kampung' yang mesti kami singgah. Jadi, tidak mustahil kerenah aku dah macam anak tuan rumah. 

Apa-papun..
Buat pasangan pengantin, moga rutin harian dipermudahkanNYA dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

#RemajaPurba: ...

Saturday, December 24, 2022

Perempuan Bukan Cerewet tapi Teliti


Orang perempuan banyak guna otak kiri sebab tu dia bukan cerewet tapi teliti.
Contoh: Kalau dia tengok langsir terjongket sikit, hilang mood dia nak masak.

Orang lelaki lain - dia berfikir (berpandangan jauh)
Contoh: Benda kecil, dia baca suratkhabar, langsir tu dah jatuh sampai ke kaki rileks dia baca lagi suratkhabar.
'Abang tak nampak ke langsir tu?'
'Nanti dia naik sendirilah tu'.

Selain itu, antara contoh-contoh perbezaan menarik antara orang perempuan dengan lelaki:
  • Pergi pasaraya, tempat lelaki yang allergic, walau dah berpuluh tahun dia mengulang pasaraya yang sama dengan isteri dia, dia tetap tak tahu nak cari itu kat mana, ini kat mana. Dia tak pernah simpan benda itu sebagai benda penting dekat dia.
  • Orang perempuan ni lain, bila dia pergi pasaraya, walau pasaraya itu baru dibuka hari ini, dia seolah-olah dilahirkan di sana. Dia tahu dah nak cari kat mana itu, kat mana ni - dia tahu.
  • Orang lelaki cari barang, sembilan barang dalam satu kedai tapi orang perempuan cari barang, satu barang sembilan kedai.
  • Sebab itu pasaraya menyediakan kerusi ajaib sementara nak tunggu isteri cari barang.
  • Tak boleh bagi orang perempuan jaga GPS - Fail! (Jauh nak kena u-turn, suami pulak sabar.. sabar.. keras tangan pegang stereng).
  • Orang perempuan kalau dia tahu jalan itu, janganlah kau ubah jalan lain. Orang lelaki tahu banyak jalan lain (jalan alternatif), orang perempuan ni tak.
  • Orang perempuan dengan orang lelaki perbezaan inilah yang menjadikan rumahtangga kita bahagia.


DALAM RUMAHTANGGA:
Kita takkan kenal pasangan kita melainkan kita dah kahwin dengan dia.
  • Dulu sebelum kahwin kita tahu fatamorgana je sifatnya - tak berpijak di bumi yang nyata.
  • Sebelum kahwin memanglah.. dulu kentut masuk bilik air, sekarang kentut bersepah.
  • Orang dahulu walaupun tidak kenal tapi bahagia. Hari ini kita dah kenal segala-galanya sampai dah tak tahu nak buat apa. Itu sebab nasihatkan anak-anak kita jagalah perilaku, jagalah perangai.
  • Anak-anak kita bercouple, berapa ramai budak-budak muda kena tangkap dekat tempat sunyi, duduk dekat tempat sunyi, parking berdua buat apa. 'Buat kuih cakoi' (Kuih cakoi tu kan melekap satu sama lain).

Kita kena ingat, pasangan suami isteri tak sama dengan yang lain, jangan dibanding-bandingkan.
  • Contoh: Kita dengan isteri/suami kita (pasangan hidup kita) - 'cuba ikut dia ni'. Jangan cakap tak elok, benda tu tak baik. Kita jaga ikut pemahaman kita suami kita macam mana.
  • Sebenarnya biarlah hidup kita tak senang, tak kaya tapi bahagia. Kekadang rumah kecik je tapi suami romantik, itu mustahak.
  • Menurut kajian: Suami yang romantik ini memiliki 'Roy' - Boroi. Kalau dia ada perut biasanya dia dinilai romantik. Lagi boroi lagi romantik. Menyanyi-nyanyi dia bila balik kerja tu.
  • 'Indah sungguh panorama' isteri jawab 'bagai bulan nirwana' anak pulak 'uh lala..' 'Oh!Bahagia betul keluarga dia'


Orang perempuan jangan guna posmen dah bila bab tegur suami.
'Long, kau cakap dengan abah kau, nasi goreng dah siap'.
'Bah, mak cakap nasi goreng dah siap'.
'Kau cakap dengan mak kau kejap lagi'.
Suami tengah basuh motor.
'Mak, abah cakap kejap lagi'.
'Kau cakap dengan abah kau, sekarang, now!' (Dia Timbalan Pengerusi Puspanita, cakap bahasa omputih je).
'Ni abah, mak cakap tau - sekarang, now!'
'Kau cakap dengan mak kau, tak reti bahasa ke'.
'Mak, ni abah cakap tau, tak reti bahasa ke apa?'
'Kau cakap dekat abah kau, jangan kurang ajar boleh tak?'
Sudahnya si anak 'Ibu cakap sendirilah dekat abah'.

Kan tak elok cara macam tu.
Jangan guna anak sebagai orang tengah/posmen. Jangan tinggalkan persepsi yang tak elok pada si anak. Biar dia membesar dalam keluarga bahagia, bukan membesar melihat ibu dan bapanya 'bercakaran'.

-Sumber - Syamsul Debat (2017)-

#RemajaPurba: Nak berubah tak perlu tunggu orang 'ubahkan'.

AdSense

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...