25 September 2026 | Jumaat [13 Rabiulakhir 1448H]
Pagi..
Pagi..
Sepatutnya hari ni aku menjalani pemeriksaan kesihatan di tempat kerja tapi aku tangguhkan dulu sebab nak celebrate birthday members di tempat kerja. Menu sarapan pagi pula dibuat secara potluck. Masing-masing bawa sesuatu, kemudian kami makan ramai-ramai. Alhamdulillah.. kenyang.
Sebahagian menu yang ada
Tengah hari..
Kita makan kek pula. Hari ni bukan lagi hari pemeriksaan kesihatan tapi lebih kepada pemeriksaan tahap kekenyangan.
Selamat Hari Lahir buat.. Shahrul, kak Anne dan Zaimah.
Petang..
Di tempat kerja hujan lebat tapi rupanya, hujan di tempat kerja tak selebat nak dibandingkan di rumahku. Balik kerja pula berhadapan dengan kesesakan jalan raya. Dari pukul 5 petang sampailah selepas Maghrib, baru aku sampai di rumah. Makin lambat bila jalan utama menuju ke rumah aku telah dinaiki air. Mujur waktu aku lalu, air sudah sedikit surut. Alhamdulillah.. selamat sampai rumah. Dalam keadaan macam ni, sampai depan rumah dengan selamat pun dah cukup buat aku tarik nafas lega.
Malam..
En. Hubby bawa aku ke kedai cermin mata sebab aku perlukan cermin mata untuk buat kerja. Agak susah juga bila ada tulisan yang mula nampak kabur di depan mata. Selesai urusan cermin mata, kami singgah makan malam di kedai makan sebelum balik ke rumah.
— Hari ini penuh cerita —
Tak semua hari berjalan seperti yang dirancang.
Ada yang dimulakan dengan senyuman, diselitkan dengan penat dan sedikit ujian, lalu ditutup dengan rasa syukur — yang penting kita sampai juga ke penghujung hari dengan selamat.
#RemajaPurba: ..


No comments:
Post a Comment