Dalam rumah tangga, membantu pasangan itu satu perkara yang baik tapi bila sesuatu bantuan diberi terlalu lama tanpa sempadan, jangan terkejut kalau akhirnya bantuan itu dianggap sebagai kewajipan.
— ISTERI —
Bila terlalu biasa membantu suami sebab tak mahu berkira dan mahu memudahkan urusan dia, lama-lama dia akan mengambil mudah. Kita pun ada silapnya kerana terlalu banyak memberi ruang sehingga perkara yang asalnya bantuan, perlahan-lahan dianggap sebagai tanggungjawab isteri.
Hari ini kita tolong sebab nak memudahkan. Esok dia anggap memang kita kena buat. Lama-lama, yang asalnya 'boleh tolong?' bertukar menjadi 'memang kerja aku'.
Aku..?
Tak ada istilah susah senang bersama kalau yang seorang cuma tahu menerima, sementara yang seorang lagi terus-terusan menanggung. Jangan semua benda nak diletakkan atas bahu isteri.
— SUAMI —
Kalau isteri bergaji lebih tinggi, itu bukan bermakna semua perbelanjaan rumah tangga automatik menjadi tanggungjawab isteri. Suami tetap wajib menyediakan nafkah dan keperluan asas keluarga mengikut kemampuan serta tanggungjawabnya.
Jangan pandang ringan tugas isteri yang menguruskan rumah dan anak. Balik kerja, nampak rumah tak berkemas, jangan terus berlagak macam CEO yang baru selesai mesyuarat lembaga pengarah. Kalau belum pernah mengurus anak seorang diri dari pagi sampai malam, jangan terlalu cepat mengatakan menjaga anak itu mudah. Urus anak. Urus rumah. Urus makan minum. Urus macam-macam perkara yang orang tak nampak — itu REAL penat ya.
Kerja di tempat kerja habis bila waktu kerja tamat tapi kerja mengurus rumah dan anak, tak ada punch card. Tak ada waktu rehat yang tetap dan selalunya, tak ada siapa pun yang tepuk bahu sambil kata, 'Terima kasih sebab dah buat semua ni'.
Membantu bukan tiket untuk suami lepas tangan. Jangan sampai orang yang selama ini banyak membantu akhirnya berhenti membantu — sebab dah terlalu penat menjadi 'orang yang boleh buat semua benda'.
#RemajaPurba: ..
No comments:
Post a Comment