03 September 2026 | Khamis [21 Rabiulawal 1448H]
Ada benda yang bila berlaku sekali, aku boleh cuba faham. Bila berlaku kali kedua, aku cuba bersabar tapi bila benda yang sama berulang walaupun dah cuba selesaikan — memang sampai satu tahap, aku cuma mampu tarik nafas panjang dan berkata.. 'Aku dah tak tahu nak buat apa lagi'.
Itulah yang berlaku dengan SSD aku.
Mula-mula ingat masalah kecil. Folder ada, nama folder pun masih nampak tapi bila dibuka — kosong. Sedangkan ruang dalam SSD masih menunjukkan ada data yang tersimpan. Cuba lagi. Check lagi. Cari punca, cuba selesaikan tapi tak berjaya sebab 'bidang aku hanyalah diperingkat 'format' je'.
Masalah yang sama datang lagi. Buat aku rasa 'kehilangan'. Ada benda yang mungkin nampak kecil pada orang lain tapi mempunyai nilai tersendiri untuk aku. Ada kenangan, catatan dan macam-macam benda yang ku simpan yang akhirnya semuanya hilang.
Salah aku juga, patut copy + paste tapi aku cut + paste. Adan uke.. Nak pujuk diri sendiri dah malas rasanya sebab salah sendiri dan benda pun dah berlaku. Tak boleh diundur. Tak boleh diulang.
— Fail dan kenangan yang hilang —
Ada benda yang boleh diganti tapi ada kenangan yang bila hilang, kita cuma mampu belajar menerimanya.
Pengajaran..
Jangan terlalu yakin bahawa sesuatu yang disimpan dalam satu tempat akan sentiasa selamat. Kadang-kadang kita hanya sedar betapa berharganya sesuatu selepas kita kehilangannya. Untuk 'moment' akan datang.. copy + paste di tempat yang berbeza untuk mengelak dari berlaku seperti aku.
No comments:
Post a Comment