Thursday, September 3, 2020

Zikir Fatimah setiap Malam sebelum tidur


DAY 167 (31 OGOS 2020 - Isnin)
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-63 tahun. Kisah awal di SINI..
Seperti tahun-tahun yang lepas, aku menyambut di hadapan tv di dalam rumah je. Tahun ini dalam norma baharu dan pertama kali dalam sejarah tiada perarakan besar-besaran.


DAY 168 (01 September 2020 - Selasa)
Setiap hari proses kerja dan rutin harian berulang-ulang bak roda treler di tengah lebuhraya. Penat.. hingga adakala terasa nak abaikan sahaja sebahagian dari rutin tersebut.

Aku pujuk hati..
Sabarlah.. Kuatkan semangat.. Jangan terlampau melayan rasa penat itu dan bagi meredakan rasa penat selepas melakukan rutin harian, sebelum tidur bacalah Zikir Fatimah ini..

Subhanallah 33 kali
Alhamdullilah 33 kali
Allahuakbar 33 kali

Sumber dari SINI..


DAY 169 (02 September 2020 - Rabu)
Dak Kakak bagitahu kipas biliknya 'mati'. Alahai.. kenapalah waktu macam ni ia nak mati. Matilah lambat lagi.

'Buat sementara ni Kakak tidur dalam bilik ibu dulu sementara nak beli kipas baru'.

Maka, Babahnya kenalah mengalah, terpaksa tidur di luar.

#KisahKita: Aku pernah catatkan di SINI..

Wednesday, September 2, 2020

Majlis Merisik + Bertunang di Sungai Ular


DAY 165 (29 OGOS 2020 - Sabtu)
Jadi tak datang sini?
Pukul 12 tengah malam baru nak gerak dari rumah kerana menunggu en. Hubby balik kerja.

Sepanjang jalan sebelum sampai di Kuantan..
'Abang, bila nak sampai ni, dah bosan sangat ni..'


Pukul 12 tengah malam dari rumah..

Pukul 4 pagi kami baru sampai di Plaza Tol Kuantan.

Sampai di Homestay setengah jam kemudian, Lupa pulak nak ambil maklumat mengenai homestay tu apatah lagi nak ambil gambar. Kemas + bersih + besar rumahnya cuma bukan rumah kampunglah.


DAY 166 (30 OGOS 2020 - Ahad)
Kisah sebelum kejadiani INI..

Angin panas dari Pantai Batu Hitam
Memanglah panas, aku ke pantai pun dah dekat tengahari.. πŸ˜…

Aku tengok ramai yang mengambil peluang mandi laut, pelbagai ragam dapat dilihat. Aku dan family..? Hanya melihat dari kejauhan di bawah pokok sambil disaksikan daun nyiur melambai.. jauh pandangan permai di situ.. 🎢🎀🎢

Dah penat jomlah kita balik tukar pakaian yang sesuai untuk mengikuti rombongan merisik dan bertunang anak kakak sepupu aku di Sungai Ular.

Tepak sireh mengiringi kami ke rumah pihak perempuan.
Lupa pulak nak bergambar sambil membawa sireh junjung.

Buah tangan dari wakil perempuan.
Dari sebelah kakak sepupu warna biru..

Jangan jadi pembaris kenapa tiada penjarakan sosial..

Sederhana tapi meriah..

Kakak sepupu aku berbaju biru dan bakal besan berbaju merah jambu..

Mak saudara aku bersama nenek bakal menantu.

Aku sangat cemburu pada nenek yang dah berusia 80 tahun ni. Aku siap interview nenek apa rahsia disebalik usia yang menjangkau ke angka 80. Sihat dan masih kuat.

'Takde rahsia apalah, makan sama macam biasa. Nenek tak makan burger, makanan segera macam maggi nenek tak makan. Sebelum tidur minum air suam, susu pun ada jugak minum'.

'Dulu masa dalam pantang, nenek jaga makan, pakai bengkung. Jaga elok-elok.'
'Kalau nenek sakit, nenek makan panadol. Nenek hancurkan, letak dalam susu lepas tu nenek minum'.

Ini apa yang nenek tu cerita pada aku. Walau aku dok bertanya apa rahsia nenek, nenek tetap cakap takde rahsia apa pun. Sama je macam orang lain tapi sungguh aku sangat cemburu dengan keadaan kesihatan nenek.

Cuma satu je..
'Nenek pandai mengurut tak?'
'Tak pandai tapi kalau nak berurut ada je dekat sini yang boleh urut'.
Kalau tak, mahu lagi lama aku di situ..


Selesai majlis, dalam perjalanan balik ke rumah kakak sepupu..
Sempadan Negeri Terengganu

Kami mengambil keputusan terus balik rumah. Awalnya kakak sepupu ingat aku main-main tapi itu yang berlaku. Ikutkan rancangan asal, kami nak balik pada sebelah malamnya tapi dek kerana nak elak dari berhadapan dengan kesesakan jalanraya yang teruk -  itu yang kami terus balik.

Barang-barang peribadi?
Menjadi kebiasaan, hanya barang yang diperlukan sahaja aku keluarkan dari kereta untuk digunakan dan selebihnya memang akan berada di dalam kereta kecuali kalau balik kampung sendirilah. Jadi tiada masalah andai kami terus balik ke rumah tanpa perlu singgah semula di rumah kakak sepupu.

Besar dan indah bendera Malaysia di situ..

Selamat tinggal Kuantan.
Panjang umur kita berjumpa lagi..

Matahari disebalik awan..

Bentuk seperti orang sedang tidur mengereng - dari kepala, bahu, pinggul dan kaki..

Alhamdulillah, selamat sampai di rumah pukul 21:30. Letih teramat sebab kami tak biasa berjalan jauh ditambah dengan tersangkut dalam kesesakan jalanraya yang teruk.

#KisahKita: ..

Monday, August 31, 2020

TANGGAL 31 bulan Lapan Lima Puluh Tujuh 🎧


'TANGGAL 31' dan beberapa buah lagu berunsur patriotik mengiringi perjalanan pulang dari Kuantan πŸ‘‰ 'loud speaker' sambil buka tingkap seluasnya. Tak peduli apa orang nak kata, yang penting en. Hubby tak mengantuk ketika memandu dalam kesesakan jalanraya.. πŸ‘Œ

Kisah awal ada di SINI..

Hari ini..
31 Ogos 2020 (Isnin) adalah Hari Kebangsaan Negara Malaysia yang ke-63 tahun πŸ₯°

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Terima kasih Malaysia.. πŸ€—

#KisahKita: ...

AdSense

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...