Wednesday, November 7, 2018

Kekalkan Momentum Terbaik yang ada


'If Allah doesn't test us, we will never change.'
'Kalau Allah tak bagi kita ujian, sampai bila-bila kita takkan berubah.'


Mungkin ada hikmah di sebalik tiap ujian yang Allah turunkan buat kita. Mungkin DIA menguji kita untuk menyedarkan kita yang alpa selama ini dengan duniawi. Mungkin dengan ujian itu kita akan berubah ke arah yang lebih baik dari sebelum ini.

Semua atas diri kita.
Berilah 10 orang sekalipun untuk menasihati, andai diri sendiri tidak mahu membuat perubahan, selagi itulah tiada hasil yang akan diperolehi. Selagi itulah kita masih ditakuk yang sama.

Bertabahlah dengan ujian yang melanda. Kuatkan semangat, kekalkan momentum terbaik yang ada dalam diri demi masa depan.

Sabar..
Bercakap memang mudah tapi percayalah bahagia rasanya bila ada sinar di penghujung jalan. Terpulang bagaimana nak aplikasikannya. Masing-masing dah besar. Kalau tak berjaya dan hilang sabar.. eemm.. senang je..

Bagi aku..
TINGGALKAN JE..!

Jangan tanya kenapa..
Cukup tiga kali bagi peluang.. tak juga berubah.. hi hi bye bye lah jawabnya..


StatusHati: Aku bukan budak baik tapi aku berusaha untuk menjadi baik.


Tuesday, November 6, 2018

Happy Deepavali 2018


Kali pertama dalam sejarah berblogging

#SetiaCityMall


Happy Deepavali 2018 buat semua yang menyambutnya terutama buat Pn. Kamala my boss and her family.. 


Beliau seorang yang baik hati, mudah mesra dan sanggup membantu aku bila aku berhadapan dengan masalah di tempat kerja.. hehehe.. Sayang beb. Siapa tak sayang boss yang pandai jaga hati anak buah, like her.

Dalam gembira menyambut perayaan Deepavali ni, aku doakan moga kesihatan ayah beliau berada di tahap yang memuaskan. Moga beliau dan ahli keluarga yang lain ceria + happy always.. and don't forget me ok boss..

Luv u always.. muaahhh..


StatusHati: Teringin nak pakai sari blink-blink..


Monday, November 5, 2018

Lawatan Sambil Belajar di KidZania



If you have kids who is curious about what a firefighter, pilot or even a doctor does.. KidZania Kuala Lumpur is where they can learn more! Here at our 80,000 sq. ft. kid-sized city, across more than 60 establishments, kids between the ages of 4-14 will get to experience these real-life occupations hands-on in a fun yet engaging learning environment. What's more, they will learn to be independent, know the value of teamwork, develop, skills and even financial literacy!
Mengenai KidZania boleh google di SINI..


Jujurnya aku tak pernah jejakkan kaki ke KidZania ni, kalau setakat jari-jemari aku ni pernahlah singgah di internat.. hehehe..

Kali ni, peluang dak Nuha ke sana. Sedari awal sebenarnya dia merengek minta aku isikan borang untuk turut serta. Tak di isi tak sampai hati, andai di isi di mana ingin kucarikan wang sebanyak itu. Bertabah dan berdoalah moga dimurahkan rezeki si anak ketika itu.


DAN..
Hari ni dak Nuha bersama rakan-rakan di sekolah menghadiri Lawatan Sambil Belajar di KidZania. Pasti akan meninggalkan satu kenangan yang takkan dilupakan oleh dak Nuha dan bersedialah telinga #MakBudak balik kerja petang nanti mendengar celoteh dia bercerita.


Peribahasa Lama Melayu..
'Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.'

Dak Nuha bersama kawan-kawan sedang belajar memasak di #KidZania la ni..
Secara teknikal Babah yang terror masak, ibu terror di balapan.. hahaha..

spot yang mana satu dak Nuha..?


Rezeki anak..
Alhamdulillah..

'Ya!Allah..
Kau murahkan rezeki kami Ya!Allah..
Demi anak-anakku dan masa depan kami Ya!Allah..
Permudahkanlah rutin harian kami Ya!Allah..
Aamiin ya rabbal 'alamin..'

‎

StatusHati: Zaman aku dulu main teng teng je..


AdSense

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...