Followers Remaja Purba

Wednesday, November 7, 2018

Kekalkan Momentum Terbaik yang ada


'If Allah doesn't test us, we will never change.'
'Kalau Allah tak bagi kita ujian, sampai bila-bila kita takkan berubah.'


Mungkin ada hikmah di sebalik tiap ujian yang Allah turunkan buat kita. Mungkin DIA menguji kita untuk menyedarkan kita yang alpa selama ini dengan duniawi. Mungkin dengan ujian itu kita akan berubah ke arah yang lebih baik dari sebelum ini.

Semua atas diri kita.
Berilah 10 orang sekalipun untuk menasihati, andai diri sendiri tidak mahu membuat perubahan, selagi itulah tiada hasil yang akan diperolehi. Selagi itulah kita masih ditakuk yang sama.

Bertabahlah dengan ujian yang melanda. Kuatkan semangat, kekalkan momentum terbaik yang ada dalam diri demi masa depan.

Sabar..
Bercakap memang mudah tapi percayalah bahagia rasanya bila ada sinar di penghujung jalan. Terpulang bagaimana nak aplikasikannya. Masing-masing dah besar. Kalau tak berjaya dan hilang sabar.. eemm.. senang je..

Bagi aku..
TINGGALKAN JE..!

Jangan tanya kenapa..
Cukup tiga kali bagi peluang.. tak juga berubah.. hi hi bye bye lah jawabnya..


StatusHati: Aku bukan budak baik tapi aku berusaha untuk menjadi baik.


2 comments:

Normi Nieza said...

bw petang..:)

Etuza Etuza said...

Asalam..iya betul nak berubah kena ada dalam diri sendiri sedar dan insaf ada jg kelemahan diri sendiri..InshaAllah

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...