Thursday, January 3, 2019

Peraturan Sekolah untuk Murid Tahun Satu 2019


Peraturan Sekolah telah diterangkan kepada ibubapa secara ringkas dan padat oleh Guru Disiplin ketika Hari Orientasi Tahun 1 yang lepas di SINI..


Antara intipatinya:

PERTAMA:
Untuk tiga hari pertama (minggu pertama) persekolahan, urusan penghantaran dan pengambilan anak-anak perlu dilakukan di pintu masuk utama sekolah. Dijangka kesesakan akan berlaku tapi demi untuk anak-anak memahami peraturan jalanraya di hadapan pintu masuk utama sekolah, maka ibubapa perlu mematuhi arahan ini.


KEDUA:
Sepanjang program Transisi dijalankan, anak-anak hanya perlu membawa alatulis/mewarna sahaja.


KETIGA:
Mohon ibubapa memaklumkan kepada guru kelas/pihak sekolah sekiranya ada anak berpenyakit, kepilkan bersekali surat dari doktor. Pihak sekolah tak nak ada masalah dikemudian hari.


KEEMPAT:
Status anak perlu dimaklumkan dengan mengisi borang yang diberikan oleh pihak sekolah. Malu memanglah malu tapi jangan senyap. Pihak sekolah akan cuba bantu semampunya.


KELIMA:
Bagi tiga minggu pertama, bawa sepersalinan baju dan seluar dengan memasukkannya ke dalam beg sekolah anak-anak sebagai 'kecemasan'. Ini bagi memudahkan pihak sekolah sekiranya berlaku sesuatu ke atas diri anak-anak, ada pakaian ganti untuk anak-anak. Dulu pihak sekolah sediakan tapi ada ibubapa tidak kembalikan baju tersebut maka kini pihak sekolah pula minta ibubapa yang sediakan.


KEENAM:
Waktu Pendidikan Seni perlu bawa baju ganti bagi mengelakkan baju sekolah menjadi kotor.


KETUJUH:
Pisau/pensel tekan tidak dibenarkan sama sekali. Gunting juga turut tak perlu dibawa memandangkan cikgu yang akan menyediakan bahan-bahan berkaitan sekiranya perlu menggunakan bahan berkaitan.


KELAPAN:
Laluan pejalan kaki perlu menggunakan laluan sedia ada iaitu laluan berbumbung, ini untuk keselamatan anak-anak selain turut memberikan keselesaan.

Pengawal keselamatan sekolah yang akan memantau anak-anak melintas jalan. Serious aku perhatikan memang tegas pengawal keselamatan sekolah dak Nuha.  Demi keselamatan anak-anak kenalah berikan perkhidmatan yang terbaik. Dengan nak awasi kenderaan lagi.. takut terlepas pandang. Terbaik.. πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Moga kak Senah dan seorang lagi (lupa nama) pengawal keselamatan sekolah anak dianugerahkan kesihatan yang baik dan moga rutin harian dipermudahkanNYA.


Dan yang terakhir:
Sekiranya ada murid yang bawa duit belanja lebih dari RM5.00, duit tersebut akan dirampas! Begitu juga dengan jam tangan yang berfungsi seperti handphone dan barang kemas.

Pernah terjadi, seorang ibu beri duit belanja RM50.00 kepada anaknya dan bila disiasat memang ye. Alasan si ibu 'tiada duit kecil.'

Duit belanja sekolah anak-anak aku dah tukar sesiap di bank. Terasa macam nak sambut Aidilfitri pulak ada banyak duit RM1.. πŸ˜…πŸ˜…


StatusHati: Moga hari ni dak Nuha tak meragam..


Wednesday, January 2, 2019

Hari Pertama Sesi Persekolahan 2019


2 Januari 2019 - Rabu..

Berdebar-debar kali ni aku rasakan, bukan kerana kali pertama menguruskan persekolahan anak tapi lebih kepada risau sebenarnya.

Nak aku luahkan di sini apa realiti sebenar yang aku hadapi itu boleh menambah tekanan pada situasi sedia ada. Jalan terbaik..? Eh!Dah kenapa aku tersasar dari landasan ni..?

Ok.. ok.. back to school..

Hari Pertama Persekolahan bagi sesi 2019.
Murid pertama masuk dalam kelas. Aku tolong bukakan pintu kelas dan lampu kelas.. *bangga tetiba. Tempat duduk dak Nuha yang pilih sendiri.

Lepas Ustazah masuk, bagi sepatah dua ucapan, aku pun lenyapkan diri terus dari pandangan mata dak Nuha. Pandai-pandailah ye Nuha. Belajar berdikari. Tak tahu buka mulut tanya pada ustazah yang ada.


La ni.. tunggu dak Nuha balik tengahari nanti.
Tengok apa jadi..


Dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha kini berada di sekolah masing-masing. Moga dengan persekitaran pembelajaran sepanjang Tahun 2019 ini akan menghasilkan aura positif dalam diri anak-anak MakBudak. Aamiin..


StatusHati: Alhamdulillah..


Tuesday, January 1, 2019

Sejarah disebalik 1 JANUARI



1 Januari 2019.. 

Tiap dari kita pasti ada kenangan tertentu disebalik tarikh tersebut.

Tambah lagi semakin menghampiri bukanya hari persekolahan bagi sesi Tahun 2019. Berdebar-debar usah cerita. Anak-anak rileks, ibu yang berdebar-debar lebih.. adeh..


Disebalik tarikh 1 Januari..
Tarikh ini adalah tarikh bersejarah bagi aku dan en. Hubby di mana kami sah menjadi suami dan isteri serta tahun-tahun seterusnya menjadi pula ibu dan babah kepada dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha.




Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan buat aku dan en. Hubby di atas ikatan ini dan moga aku kekal kental disebalik apa jua dugaan mendatang.


Sambutan Tahun Baru di rumah mySIL..



Ya!Allah..
Jadikanlah permulaan tahun ini suatu kebaikan, pertengahannya suatu kemenangan dan penghujungnya suatu kejayaan.. Aamiin..



StatusHati: Our Anniversary is just a momentary celebration but our marriage is a timeless one..


AdSense

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...