Friday, June 27, 2014

Khas buat UTAG CREW ( Gabungan Belia Warisan Nusantara) dari Johor..



Sambung lagi kisah PJ International Fair 2014 - Folklore Festival (Festival Kesenian Antarabangsa) Sabtu lepas..


Kebanyakkan gambar khas buat UTAG CREW ( Gabungan Belia Warisan Nusantara) dari Johor yang mempersembahkan kuda kepang buat penonton..

Happening dan ohsem.. nak pulak aku and the gengs duduk depan sekali hadap dorang..

Sebenarnya kami ingat semua persembahan dibuat di pentas utama.. rupa-rupanya tak.. dekat pentas mini yang dibuat bersebelahan Bangunan MBPJ..
Lokasi sangat strategik sebab pokok yang rimbun dan redup dilindungi cahaya matahari.. 
Sebelum persembahan dari Johor ni.. ada persembahan dari Ghana tapi masa ni kami tak tahu sebab sibuk mencuci mata di kawasan sekitar Dewan Sivik.. 
Member office yang dah ada kat situ dari awal tak dapat call kami sebab kehabisan bateri handphone.. kalau tak.. mahu muntah melayan gambar yang banyak kat sini..



 Bila dah sampai.. mestilah selfie dulu..


Sebahagian memori gedik santai kami berselfie bersama UTAG CREW..


 Bila tengok balik gambar ni balik.. pakwe belakang tu pun sama join selfie bersama kami..




 Antara penglipurlara UTAG CREW yang comel..


Selepas persembahan..

Selagi tak habis bateri..


Tak pernah aku over macam ni.. kehkehkeh..


Pehtu.. siap panggil UTAG CREW bergambar lagi dan lagi.. dan lagi..



Lepas habis persembahan mereka.. kami layan pulak dari Egypts..

Persembahan 'berpusing' tu lama jugak..


Bila dah habis persembahan.. dorang jemput kengkawan dorang menari bersama..
Aku..? Dorang tak ajak.. takdelah nak join.. kehkehkeh..


Gambar terakhir sebelum balik..




psstt: Gara-gara seharian berseronok.. balik rumah terus dapat sakit pinggang.. sampai ke hari ni belum baik sepenuhnya..


Thursday, June 26, 2014

PJ International Fair 2014 - Folklore Festival (1)



Habis je perlawanan bola tampar pagi tu, aku dan beberapa member tempat kerjaku terus menuju ke PJ International Fair 2014 - Folklore Festival (Festival Kesenian Antarabangsa) yang berlangsung Sabtu lepas.

Peluang berselfie digunakan sepenuhnya bersama member tempat kerjaku. Melihat suasana sekitar sambil berselfie; tak cukup cik Nikon, kita guna pulak monopod. Orang lain takdelah kemaruk macam aku berselfie macam tu tapi biarlah, bukan selalu buat kerja gila kat tetengah jalan macam tu.


Sebahagian memori kegilaan berselfie kami..

 

 

Sejarah Awal Petaling Jaya..


 









Gambar ni aku ambil dari FB MBPJ..



Dengan abam peronda pun jadi..


Bukan senang dapat bergambar di tengah jalanraya yang sentiasa sesak itu..


Pentas utama..

Sekitar depan bangunan Dewan Sivik tertumpu dengan aktiviti untuk kanak-kanak..


Masterchef...


Ada demo masakan dari beberapa buah negeri dan negara tapi aku cuma beli laksa Johor, teringin nak rasa. Balik rumah makan.. eemm.. ok jugaklah rasanya..


Dapur Minyak Tanah di Stall Negeri Johor..


Ada macam-macam aktiviti sepanjang Festival tu tapi kami lebih tertumpu pada seni persembahan yang dipersembahan dari pelbagai negeri dan negara. Memang happeninglah masa tu, panas membahang tapi tetap gagah berjalan sekitar P.J  State masa tu..


psstt: Bersambung entry akan datang..


Wednesday, June 25, 2014

Perlawanan Bola Tampar di Bangunan Persekutuan, P.J



Hari Sabtu lepas telah diadakan perlawanan bola tampar di Bangunan Persekutuan, P.J.
4 pasukan terlibat dalam perlawanan tersebut iaitu:
  • Hang Tuah (MERAH) - tempat ke 4
  • Hang Jebat (BIRU) - tempat pertama
  • Hang Lekir (OREN) - tempat ke 2
  • Hang Lekiu (UNGU) - tempat ketiga

Tahniah dan terima kasih buat semua kerana meluangkan masa hujung minggu menyertai perlawanan ini.
Posisi aku..? Simpanan je yang kena main kerana kekurangan pemain..


'Bukan pandai main.. bila bola sampai kat aku, aku elak..' Kahkahkah.. memang melampaulah tu kan..
Aku berterima kasih pada seorang lagi pemain yang lewat sampai dan dia bersama yang lain bermain hingga ke akhir dan berjaya.. ---> Korang memang ohsemlah sebab tak marah kat aku.. kihkihkih..



Sebahagian memori bersama geng office aku..

Bertahun dah memasing tak main bola tampar kot..





Panas membahang + silau dek cahaya matahari..



Selepas perlawanan.. sesi bergambar bersama pasukan..

Hang Jebat..

Hang Lekir..

Hang Lekiu..

Hang Tuah..



Habis je perlawanan bola tampar tu, aku dan beberapa rakan pejabatku terus menuju ke PJ International Fair 2014 - Folklore Festival (Festival Kesenian Antarabangsa) yang sedang berlangsung  ketika itu (20 - 22 Jun 2014)..





psstt: Nanti aku kongsikan keceriaan kami sepanjang di Festival tersebut..



AdSense

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...