Sunday, May 18, 2014

Rapid Shooting and Boat Ride to Perkampungan Orang Asli Bateq di Taman Negara Pahang


(Entry yang agak panjang..)

Hari pertama dan kedua bagi program Team Re Charge di Taman Negara Pahang..

Aktiviti hari kedua pada sebelah petang di Taman Negara Pahang..
  • Boat ride to visit Orang Asli Village
  • Proceed with Rapid Shooting (up to K.Trenggan and stop at Dedari)

Kisah sebelum..
M: Akak rajin ek pakai tudung lilit-lilit ni..
A: Akak nak nampak cantik untuk aktiviti petang ni..

Teruja untuk Boat ride to visit Orang Asli Village
Masa ni takdelah beria-ia nak lawa bagai..
Nature Guide kitorang dah pesan, barang-barang berharga perlu disimpan dalam beg plastik bagi mengelakkan dari basah..

Rileks.. santai.. tenang..
Memandangkan 6 bot lagi ada kat depan kami.

Memang kitorang tak duga tak jangka apa yang akan berlaku selepas itu..

Maksud disebalik Proceed with Rapid Shooting (up to K.Trenggan and stop at Dedari)...?
  • Simpan barang dalam plastik untuk elak dari basah.. ---> aku membayangkan basah sikit-sikit terkena percikan air.. 
  • Setakat basah sikit-sikit apadehal..
  • Rupa-rupanya habis lencun, hilang terus cantik lawa pakai lilit-lilit bagai tu..
  • Nasib baik cik Nikon selamat.. uncle Samsung je yang kurang selamat..
  • Memula En. Fuad lakukan serangan percikan air ke atas kami. Terkedu kami dibuatnya, dahlah tengah amik gambar..
  • Bila dah basah.. tak adillah team yang depan tak kena.. 'serangan' percikan air pun dilancarkan..
  • Last sekali.. team kami di'belasah' kiri dan kanan.. 
  • Nah.. biasa orang mandi dalam sungai tapi kami mandi dalam bot..
  • Basah lencun usah cakaplah, itu belum air masuk telinga lagi.
Panas terik tapi semua lencun gara-gara Rapid Shooting.

Kat Perkampungan Orang Asli ni, tak dapat nak berlama-lama. Tak sampai 10 minit kami lepaskan penat, hujan turun selebat-lebatnya. Masa ni.. kami berteduh ditempat orang asli berteduh.. mereka sangat pemalu.. nak dengar jawapan dari mulut dorang pun kena dengar betul-betul.. Bila hujan dah agak reda.. apalagi.. mandi time. Mana boleh lepaskan peluang, alang-alang dah basah kan.

Berteduh sementara nak tunggu hujan reda..

Perjalanan balik.. macam biasa.. team aku team terakhir. Ketika yang lain dah gerak balik, kami baru nak gerak gara-gara satu bot agak lewat sampai.
Tiba di satu tempat air yang banyak batu dalam sungai, bot tersangkut dan menghentam batu sungai. Memasing terdiam sekejap,  syukur takde apa-apa dan ia menjadi pengalaman berharga buat team kami. Dalam takut pucat tu tetap seronok bermain percikan air. Akhirnya selamat sampai ke Jeti Taman Negara dan kembali ke tempat penginapan..

BERSAMBUNG..

psstt: Oh!Rapid Shooting memang ohsem.. rasa tak puas bermain air..


Jungle Trekking and Canopy Walk di Taman Negara Pahang



Hari pertama bagi program Team Re Charge di Taman Negara Pahang..
Part 1.. Part 2..




Aktiviti hari kedua pada sebelah pagi di Taman Negara Pahang..
  • Jungle Trekking (1.7km: 45 mins) up to Teresik Hill (334m height)
  • Canopy Walk (510m long, 45m from ground level)


Entah kenapa kali ni aku malas nak keluar lebih awal untuk menikmati suasana pagi..
Tetiba rasa rugi pulak..


Sebahagian dari tempat penginapan kami..


Sarapan pagi..


Bersedia untuk masuk hutan semula.. kali ni waktu siang pulak..












Perjalanan diteruskan menuju ke destinasi..

 
Jungle Trekking (1.7km: 45 mins) up to Teresik Hill (334m height)


En. Fuad our Nature Guide untuk group 7..
Komen aku tentang beliau: Korang jangan bagi soalan di luar lingkungan topik yang dibincangkan..


1km lagi menuju ke Canopy Walk (510m long, 45m from ground level)



Sepanjang perjalanan menuju ke Titian Kanopi..



Berhati-hati untuk memegang pemegang sepanjang jalan..
Ada serangga dan haiwan kecil merayap.. takut ada yang tak tahan.. kegatalan pulak nanti..


Orang sibuk kat depan, kami kat belakang sibuk bergambar..



Sampai sudah di Canopy Walk..







Masa kitorang sampai tu, dah ramai orang tunggu turn nak naik canopy walk tu..
Sementara tu kita selfie tu..
Tak cukup cik Nikon.. monopod pelengkap kenangan..


Bersedia untuk..


Gaya berjalan jangan 'bersepah'.. jalan kena ala-ala 'kucing berjalan'..


Menuju puncak ke 45m from ground level..


Alhamdulillah selamat sampai ke penghujung canopy walk tersebut..
Selesai aktiviti sebelah pagi.. dan akan bersambung di sebelah petang menuju ke Perkampungan Orang Asli..
Sementara tu.. kita balik, makan tengahari di Restoran Terapung kat Jeti tepi sungai Taman Negara..
Masa ni takdan nak menikmati suasana tepian sungai tu pun.. sebab aku dah teramat penat.. ditambah pulak mengejar masa yang diberikan..






BERSAMBUNG lagi..





psstt: Kami tak sempat nak jejak ke Bukit Teresik memandangkan mengambil masa yang lama menunggu giliran untuk canopy walk.. sayang sungguh..




Saturday, May 17, 2014

Night Jungle Walk and Tahan Hide with Nature Guide di Taman Negara Pahang




Part 1 di SINI..



Lepas dah rileks santai dalam bilik.. maka bermulalah aktiviti pertama pada sebelah malamnya..
 

Kita re charge tenaga dulu..


Kemudian..



  Sesi safety briefing by Nature Guide..
tentang apa yang boleh, apa yang tidak bila berada di dalam hutan..


Nature Guide yang akan mengiringi kami masuk hutan Taman Negara bagi aktiviti:
Night Jungle Walk & Tahan Hide with Nature Guide..




Selesai sesi penerangan tersebut, maka kami dibahagikan kepada 7 kumpulan.. dan bergerak mengikut kumpulan yang telah ditetapkan..
Ini penting agar tiada ahli kumpulan yang sesat atau hilang semasa di dalam hutan..



Kumpulan 7
Gambar yang entah ke berapa.. sebab tu takde gambar boboy.. yang ada gegurl je..
Guide Nature kami: En. Fuad.. (baju putih sling beg oren di belakang tu)


Dari jeti nak menuju ke Taman Negara..


Dalam hutan Taman Negara..

Serangga pertama yang diperkenalkan kepada kami..
Selain dari ular aku boleh layan tengok lagi.. tapi kalau part ular.. aku geli..


Bunga ni hanya akan kembang di waktu malam je.. siang ia kuncup..
'One Night Flower' kalau tak silap namanya..
Aku tak bawa buku catatan untuk catat yang apa yang guide nature En. Fuad terangkan..


Gambar waktu malam dalam hutan tak banyak pun sebab aku rasa sesak dan ramai pulak malam tu.. lagipun team aku tak banyak cakap gara-gara en. Sentap.. kihkihkih..



Pemandangan di sekitar Taman Negara Resort..





Tapir ni takde geng sebab awek dia dah lari ikut jantan lain kat dalam hutan..
Tapir ni dari kecil dah biasa dijaga, sebab tu ia takkan pergi jauh ke dalam hutan Taman Negara..


Ok.. masa untuk balik ke bilik penginapan..


Untuk malam pertama ni oklah.. not bad.. takdelah penat sampai tak larat nak berjalan..






BERSAMBUNG..




psstt: Untuk Night Jungle Walk.. tak usah risau sebab jalan telah disediakan bagi keselesaan pengunjung yang datang..



AdSense

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...