26 September 2026 | Sabtu [14 Rabiulakhir 1448H]
Pagi..
Hari ni aku cuti masak lagi — just like last week. Minggu lepas aku lembik gara-gara en. Hubby ajak aku ride malam minggu. Nak menangis rasanya sebab aku tak pernah naik motor sejauh itu. Sakit segala sendiri badan aku. Ada masa nanti aku kongsi cerita pasal ride tu.
Hari ni aku request nak makan chicken chop sebab chicken chop dekat kedai malam tadi tak cukup kick. Jadi hari ni, kita buat sendiri. Sementara en. Hubby masak, aku hantar dak Jasmine grooming. Last minute punya plan dan kebetulan pula ada slot kosong, jadi aku ditemani dak Kakak terus hantar.
Tengah hari..
Alhamdulillah.. kenyang makan. Hujan pula turun membasahi bumi. Lebat sungguh, siap dengan angin sekali. Mana-mana tempat yang dinaiki air, belum sempat surut dah terima hujan semula. Kami duduk dendiam berehat di rumah. Tak ke mana-mana. Layan cuaca dan layan rasa malas.
Petang..
Kedai cermin mata mesej aku — dah boleh datang ambil cermin mata. Semalam tuan kedai maklumkan yang mata aku penat sebab terlalu banyak menghadap komputer dan laptop setiap hari, jadi beliau cadangkan beli yang biasa je dah cukup.
Bingkai pula pilihan dak Nuha. Sebenarnya aku suka satu lagi frame, tapi tak apalah.. yang ini pun okay dah. Asalkan aku boleh buat kerja tanpa perlu berkerut dahi sepanjang masa, cukuplah.
Cermin mata pertama Mak Budak
Selesai urusan di kedai cermin mata, kami terus bergerak mengambil dak Jasmine. Nah.. wangi cantik berseri tapi penakut ya amat budaknya.
Sampai rumah kena gomollah ia.. sape suruh wangi sangat.
Malam..
Tiada aktiviti luar. Kami duduk saja di rumah sambil berehat dan aku pula sambung layan Stray Kids at Mexico.
Kadang-kadang cuti yang paling best bukan yang penuh dengan aktiviti tapi yang bagi peluang untuk kita berhenti sekejap, rehat dan buat benda yang kita suka.
#RemajaPurba: ..




No comments:
Post a Comment