01 Jun 2026 - Isnin [15 Zulhijjah 1447H]
Selesai urusan menghantar dak Kakak, kami pun bergerak pulang. Sambil melayan lagu dan mengharungi kesesakan di lebuh raya, lalu kereta peronda di sebelah kami. Aku mula rasa cuak bila aku perasan en. Polis di dalamnya asyik memandang ke arah Mr. Black. Mana taknya, Mr. Black nampak sedikit comot + hitam. Risau pulak aku walau hakikatnya mungkin en. Polis itu sekadar memandang je.
Alhamdulillah.. takdelah Mr. Black kena tahan, aku je yang rasa cuak macam tengah berhadapan dengan guru disiplin. Itu pun sebab en. Hubby yang pandu, kalau aku yang pandu - berangan jelah Mak Budak. Sebenarnya en. Hubby mana bagi aku pandu macam kisah di [SINI].
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
02 Jun 2026 - Selasa [16 Zulhijjah 1447H]
Petang..
Aku paksa en. Hubby keluar menemani aku window shopping. Anak-anak pula tak nak ikut, jadi kami berdua jelah keluar dating. Lepas puas berjalan, kami bawa Mr. Black ke kedai cucian kereta bagi kembali handsome dan sexy semula — kenalah nampak berkilat sikit, barulah aku ada mood nak memandu.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Selamat kembali bertugas. Cuti panjang pun dah berakhir, jadi jom kembali ke dunia realiti. Buat mereka yang bekerja dari rumah, semoga terus bersemangat menyelesaikan tugasan. Manakala mereka yang bekerja di tempat kerja seperti aku, teruskan melangkah seperti biasa. Rutin yang sama, jadual yang sama. Moga semangat bekerja kembali selepas lama bercuti.
#RemajaPurba: ..
#RemajaPurba: ..


No comments:
Post a Comment