Thursday, June 25, 2026

Disebalik Cerita Budak 80-an | 5ROZ


Ketika sedang scroll di socmed, aku terjumpa sebuah lagu yang membawa kembali kenangan zaman BudakPurba. Disebabkan tertarik dengan liriknya, gigih ku mencari versi penuh lagu tersebut. Lagu ni memang sedap dilayan dan dengar berulang kali.

Cerita Budak 80-an merupakan sebuah lagu yang mengajak pendengar mengimbau kembali kenangan zaman membesar dalam era yang penuh kesederhanaan. Di sebalik setiap bait lirik, terselit kisah tentang persahabatan, gelak tawa dan pengalaman hidup yang membentuk sebuah generasi yang mengenal dunia tanpa terlalu bergantung kepada teknologi tapi tetap bahagia dengan cara mereka sendiri.


Lagunya yang santai dan menghiburkan.
sumber dari [SINI]

Genre: Alternative Hip Hop / Boom Bap / Jazz Rap / Modern Trap
Vibe: Nostalgia, old school, soulful, reflective
Artist: 5ROZ


Lagu:  Cerita Budak 80-an

[1] Ini cerita budak-budak 80-an
Masih budak-budak kini walau dah 40-an
Mana budak-budak 80-an
Lagu ini tentang kita punya kenangan.

Budak-budak 80-an
Kami lalui pelbagai zaman
Kenal hidup dari zaman 90-an
Hingga kini kami masih bertahan.

Kayuh basikal keliling taman
Petang-petang main dengan kawan
Tendang bola atau berkejar-kejaran
Masih segar dalam kita punya ingatan.

Lepak CC dah jadi rutin harian
Half-Life Counter Strike kita punya mainan
Terjerit-jerit apa nak hairan
Yang jaga CC tu kita punya kawan.

Takde IG tapi kita ada MIRC
Tak nampak muka tapi apa kita peduli
Borak-borak dari malam sampai ke pagi
Dah habis masa 'abang tambah seringgit lagi'.

[Ulang 1]

Hujung minggu kita ke pekan jalan-jalan
Naik bas tambang dengan kawan-kawan
Tiga ringgit dalam poket jadi bekalan
Tak risau tak minum atau tak makan.

Kita makan ramai-ramai sepinggan
Mineral botol besar kita punya minuman
Baju bundle seluar G-Star tiruan
Rambut spike pakai dax kilat bertahan.
oooo...

[Ulang 1]

Malam lepak-lepak kat kedai makan
Nasi bujang teh ais jadi pilihan
Duduk semeja berjam-jam sembang soal kehidupan
Borak pasal cinta pasal hidup pasal masa depan.

Dunhill tuju sekotak dari tangan ke tangan
Sembang gelak-gelak ahh.. Indahnya kenangan
Walau kita tak kaya duit tapi kaya pengalaman
Itulah mahalnya zaman penuh persahabatan.

Rindu zaman-zaman persekolahan
Rindu zaman-zaman dengan kawan
Kini masing-masing dah punya haluan
Tapi kenangan.. tetap segar dalam ingatan.

Ini cerita..
[Ulang 1]

Ini cerita budak-budak 80-an
Yang masih simpan jiwa muda dalam ingatan
Walau zaman dah bertukar zaman
Kenangan dulu tetap hidup..
Sampai bila-bila..
Dalam hati dan ingatan..


Budak 80-an 

 Dulu kita kaya dengan masa, hari ini kita kaya dengan kenangan dan itulah harga yang tidak mampu dibeli dengan duit.
Masa boleh membawa kita jauh meninggalkan zaman tapi tidak kenangan.


Masing-masing kini membawa haluan kehidupan sendiri tapi kenangan yang tercipta tidak pernah pudar ditelan usia. Itulah mesej yang cuba disampaikan melalui lagu ini — bahawa kekayaan sebenar bukanlah terletak pada harta benda tapi pada pengalaman, persahabatan dan memori indah yang terus hidup dalam ingatan hingga ke hari ini.

#RemajaPurba: ..

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...