Tuesday, June 23, 2026

Fast Cars & Superstars | Zhang Ling He


23 Jun 2026 - Selasa (7 Muharram 1448H)

Pagi..
Alhamdulillah.. keadaan aku semakin baik daripada semalam seperti di [SINI]. Memandangkan badan masih perlukan rehat, hari ini aku hanya berehat di rumah sambil 'ditemani Zhang Ling He di depan mata'. Ada juga penawar untuk rasa kurang sihat rupanya selain dari en. Hubby.


Masih lagi Zhang Ling He? 
At the Huna TV New Year's Eve Gala on December 31, 2025, Zhang Ling He walked out in black overcoat and sunglasses and the internet collectively lost its mind. No acting required - just pure, undeniable aura. Hanya kerana Zhang Ling He di [SINI], aku sanggup mencari lagu yang mengiringi langkah beliau ketika tampil di atas pentas tersebut.


Zhang Ling HeA single runway walk broke the internet.


Lagu Fast Cars & Superstars ini menjadi antara lagu dalam playlist yang menemani aku sepanjang pergi dan balik dari tempat kerja. Aku tak boleh layan yang terlalu mendayu-dayu, boleh microsleep dibuatnya, sebab itu aku lebih memilih lagu yang rancak dan mempunyai rentak yang bertenaga. Berbeza dengan En. Hubby yang lebih gemar ditemani lagu-lagu lama ketika memandu.


Kadang-kadang sebuah lagu bukan sekadar lagu tapi kenangan tentang bagaimana kita menemuinya.


Bila aku memasang lagu-lagu lama dalam versi AI yang diubah menjadi rentak rock, mesti En. Hubby kurang setuju. Katanya lagu asal sudah sedap dan mempunyai melodinya yang tersendiri, buat apa perlu diubah. Bagi aku, itulah yang menariknya. Lagu lama yang biasa didengar tapi bila diubah susunan muzik akan jadi lebih rancak dan bertenaga. Memang layan, terutamanya ketika memandu.

Walau ada pelbagai genre muzik dalam playlist aku, aku masukkan juga bacaan Surah Yasin (alunan suara dari Qari Tarieq Mohammed). Bila sedang layan lagu, tiba-tiba next play tu surah Al-Quran, dia punya serba-salah nak tukar tu, Ya Allah.. berdosa rasanyadi [SINI]. Tapi bagusnya.. akan jadi lebih tenang memandu.

#RemajaPurba: Ada masa untuk berhibur, ada masa untuk mengingati.

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...