Monday, June 29, 2026

Babah Ride, Ibu Drive


26 Jun 2026 - Jumaat [10 Muharram 1448H]

Pagi..
Hampir terlewat sampai di tempat kerja gara-gara terlajak bangun. Memang kelam-kabut dibuatnya.

Petang..
Balik kerja, aku singgah beli makanan untuk anak-anak. Aku tak masak untuk makan malam memandangkan malam nanti kami akan bergerak ke selatan, aku kena pastikan tenaga cukup. Takut mengantuk ketika memandu sebab aku yang akan drive, en. Hubby ride.

Malam..
Belum pun separuh perjalanan ke selatan, aku dah tersekat dalam kesesakan yang luar biasa. En. Hubby mesej bagitahu ada kemalangan di hadapan. Patutlah kenderaan langsung tak bergerak. Sepanjang perjalanan, en. Hubby beberapa kali bertanya aku dah sampai di mana. Risau sebab ini kali pertama aku memandu jauh pada waktu malam tanpa beliau di sisiwalau anak-anak ada menemani.

Penat di siang hari belum hilang, tambah pula di malam hari.

En. Hubby di sini, aku masih jauh di belakang.


Alhamdulillah.. akhirnya kami selamat sampai di rumah bapa saudaraku. Tak fikir apa dah waktu itu, masuk rumah, baring dan lena hingga ke pagi.

Kenapa en. Hubby ride?
Kami menghantar dak Adik pulang ke selatan selepas tamat cuti semester, sekali dengan motosikalnya untuk kegunaan sepanjang pengajiannya. Kali ni.. Babahnya bagi green light untuk guna motosikal sendiri.

Aku..?
Dah macam karangan Bahasa Melayu SPM aku punya nasihat itu ini begitu begini sebagai peringatan buat dak Adik. Lumrah seorang ibu, selagi anak berada jauh di mata, selagi itulah doa dan pesanan akan sentiasa mengiringi.

Bila anak semakin dewasa, perjalanan ibu bapa bukan lagi menghantar ke sekolah tapi menghantar mereka mengejar masa depanyang mengiringi bukan sekadar kenderaan tapi doa yang tak pernah putus.

#RemajaPurba: bersambung..

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...