11 Mei 2026 - Isnin [23 Zulkaedah 1447H]
Isnin..
Permulaan hari agar menjadi kuat demi hujung minggu yang masih jauh.
Tenang memandu sambil mendengar lagu OST dari drama Pursuit of Jade. Masih belum move on. Masih ulang drama yang sama, lagu yang sama. Bila mendengar lagu yang aku suka, sekurang-kurangnya aku tidak mengantuk ketika memandu.
Sementara nak tunggu empat hari lagi sebelum dapat berehat kembali di rumah — jauhkan diri dari aura negatif. Asalkan badan tak penat, otak tak letih, itu pun dah cukup nikmat untuk minggu ni — bunyi macam tenang tapi sebenarnya sedang survive minggu yang panjang.
Minggu lepas..
Sedikit tenang memandu ketika ramai dapat kebenaran Bekerja Dari Rumah (BDR). Harap minggu ni pun masih ada ruang untuk bernafas, walaupun hidup tetap sibuk macam biasa.
Tak semua penat boleh hilang dengan rehat, kadang cukup dengan lagu yang kita suka, jalan yang lancar dan kepala yang tak serabut.
#RemajaPurba: Esok mungkin tetap sibuk, jalan mungkin tetap sesak..
semoga sama2 bertahan... minggu ni balik Tronoh... tak sabar
ReplyDeleteKan,lemau hari Isnin ni takleh bawak bincang.Gambate,we can do this!!
ReplyDeleteMoga dipermudahkan semuanya ✨🤲🏻
ReplyDeleteBulan 5 ni masih sambung lagi bdr kak... so biasanya selasa sampai khamis jalan agak lenggang la
ReplyDeleteSemoga mood tak berbolak balik
ReplyDeleteHarapnya mood kekal molek sampai Jumaat sementara hendak menunggu Ep 3 KDrama Royal Nemesis. Sementara itu KSarie sedang layan playlist lagu-lagu MJ, penangan tengok movie Michael Sabtu lepas
ReplyDeletengadap jam mmg la buat kita penat mental n physical kan. buat mood swing je.
ReplyDeleteSemoga survive sampai hujung minggu. Walau mood kelaut, saya kena tetap maintain demi tak nak anak buah kat opis tu ikut lemau.. kita boleh!!
ReplyDeleteBetul tu, nikmat paling besar bila dapat memandu dengan tenang tanpa kepala yang serabut. Walaupun minggu ni terasa panjang, tapi bila dapat ruang untuk bernafas sikit pun dah cukup buat kita rasa bersyukur. Fighting untuk minggu ni...chaiyok!!!
ReplyDeleteSy suka bila org BDR tp sy bekerja di pejabat, boleh on speaker dgr lagu² nostalgia menggamit jiwa
ReplyDeleteBetul sangat ni. Kadang kala rehat adalah mendengar lagu yang berkenan di hati berulang kali
ReplyDelete