Followers Remaja Purba

Wednesday, January 26, 2022

Ibu Mertua kena Tinggal

 
Pagi tadi.. 
Hadap jalan jem yang dah lama tak ku hadap. Lenguh weh kaki dibuatnya. Waktu itu aku dalam perjalanan ke rumah mertua untuk membawa myFIL n myMIL ke PPV di situ bagi temujanji pemberian booster dose.

TAPI..
Disebalik semua itu, DIA mudahkan urusan kami di PPV di situ. Bertambah mudah bila doctor and staff bertugas sanggup datang ke parking kereta untuk suntikan tersebut. Kebetulan tiada wheelchair untuk myMIL masuk ke dalam dewan PPV di situ. 

Sementara itu, aku diminta masuk ke dalam dewan bagi melengkapkan proses pemberian booster dose tersebut. Sekejap je dah selesai dan tak sesia aku mengadap jalan jem pagi tadi. Ada hikmah disebaliknya.

Syukur Alhamdulillah walau ada kisah lucu sebelum ke PPV di situ. Dari rumah sebelum bergerak ke PPV di situ myFIL bertanya..

Abah: Dah masuk dalam kereta dah? 
Aku: Dah Abah..
Sekali lagi Abah tanya, rupanya soalan tu untuk myMIL.. 🤣🤣🤣 
Abah: Mana mak? 
... krik krik.. 

Abah: Mak kau dah siap lepas Subuh nak pergi sekali tapi kena tinggal..
Macam manalah aku boleh tertinggal myMIL dekat rumah weh.. 🤦‍♀Apa-apapun selesai sudah semuanya.

Booster dose AtoZ diterima oleh MyFIL n myMIL.  Gemifai kita geng kan en. Hubby..

#RemajaPurba: tersenyum sendirian..

2 comments:

Azian Elias said...

syukur ye dah ambik booster..

Hsna Rahman said...

YaRabbi cemana boleh tertinggal tu...hahaha

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...