Followers Remaja Purba

Monday, January 17, 2022

Bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT)


Aku bukan seorang yang suka membela kucing tapi aku tidak pula membenci, jauh sekali nak membuangnya. Aku pun pernah ada kucing, si Oyen.. hinggalah ia hilang lenyap ghaib dari pandangan kami. Sekarang yang ada cuma si Comot kucing gelandangan pengganti si Oyen.

Aku bukan tak suka kucing cuma rimas bila mengiow macam tak makan dua tiga hari. Lepas tu kau gesel celah kaki sampai nak panjat aku dah kenapa weh..?  Aku geli bila bab kena gesel ni. Sekarang ni pun rasa meremang bulu roma..

Ini hak milik jiran sebelah rumah.

Bila kucing-kucing ni dah mula membesar sebagai jantan dan betina, jiran kami dah mula lepaskan kucing-kucing pada waktu-waktu tertentu. Bila nampak kelibat kami di depan rumah, semua berkejaran datang menghampiri dengan harapan dapat sedikit bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Bila melibatkan bab RMT ni, aku mudah rasa kesian + tak sampai hati bila si Comot makan tapi deme tak. Aku boleh je nak berlaku kejam - tak usah bagi makan nanti deme mua tapi aku bukan macam tu, tahap perikemanusiaan aku masih tinggi. Mulut aku je bising tapi kucing-kucing tu tetap menerima bantuan RMT walau tak banyak mana.

Nak bising pasal bauan yang tidak stim pulak, en. Hubby pujuk jangan perbesarkan isu ini. 

Bersihkan..
Kemaskan..
Tak usah membebel..
Kucing tu bukan faham pun..

Memanglah abang, tapi..
Dah, dah.. takde tapi-tapi. Diam je jangan bising-bising..
Ini je reaksi en. Hubby.

Aku berharap kucing-kucing itu tidak hilang atau dibuang oleh sesiapa dek isu ni. Aku juga tak pernah lupakan jasa jiran memberi makan kepada si Comot bila aku sesekali kami berada di luar kawasan.

#RemajaPurba: Kucing dan ayam berpisah tiada.

2 comments:

anakdenesor said...

comel je tajuk.. tu la klo byk kucing isu biasa bau bauan la..

Anonymous said...

Salam....tak pe teruskan je bagi mkn kucing2 tu,rezeki akan datang tanpa sedar kalau kita selalu beri makan haiwan tak kira la kucing ke haiwan lain ke,insyaallah...semoga rezeki puan bertambah....

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...