Followers Remaja Purba

Tuesday, June 8, 2021

Kisah dua minggu sebelum total lockdown


Sambungan kisah dari SINI..

Cukuplah dengan dua hari cuti umum sempena Hari Raya Aidilfitri ditambah pula cuti hujung minggu melengkapkan cuti raya aku untuk tahun ini. Ketika orang lain memilih bekerja dari rumah (WFH), aku antara segelintir yang memilih untuk hadir ke tempat kerja bagi menyiapkan apa jua yang berkaitan dengan tugas hakiki terutama yang melibatkan proses pembayaran untuk diuruskan oleh bahagian kewangan tempat kerjaku.

17 Mei 2021 (Isnin) - WFO
18 Mei 2021 (Selasa) - WFH

19 Mei 2021 (Rabu) - WFO
Hari ketujuh di dalam bulan Syawal, telah berlaku suatu keadaan di mana, pukul lapan malam baru keluar dari tempat kerja. Untuk rekod, ini kali pertama aku balik selewat ini semenjak aku bertugas di tanah jajahan baruku ini. 

Kenapa?
Ini adalah kerana pengarah aku memerlukan maklumat penting untuk di bawa ke dalam satu mesyuarat esoknya, hari Khamis. Dari satu oktaf, makin lama makin tinggi oktaf suara pengarah aku dek jawapan yang tidak memuaskan hatinya.

'Awak jangan kata tak tahu, awak sepatutnya kena tahu semua ni sebab semua ni kerja awak'. Nada tinggi yang digunakan oleh pengarah aku kedengaran hingga ke luar bilik. 

'Awak tak boleh panik, kalau awak panik, saya lagi panik'.
Jujurnya aku tak panik tapi lebih kepada rasa serba-salah sebab banyak maklumat yang lompong ketika diperlukan. Ketika inilah aku terpaksa menghubungi ketua unit aku bagi mendapatkan maklumat berkaitan ketika beliau bercuti rehat atas masalah kesihatan. Diulang.. aku terpaksa, bukan sengaja.

Perasaan aku?
Awalnya aku malu sebab semua orang boleh dengar apa yang pengarah aku cakap tapi aku mengambil pendekatan ikutkan je rentaknya. Tadah jelah telinga bila kena macam tu sebab ada juga salah aku di situ kerana tidak mengambil tahu, tetapi bila buat kerja dalam keadaan sabar - ganjarannya nah ---> 'saya minta maaf'. Tiga patah perkataan yang aku rasa bukan semua ketua mampu ucapkan ketika dalam keadaan tegang. Beberapa kali beliau mengucapkan tiga patah perkataan tersebut selain dari 'terima kasih'

Aku teringat di dalam satu majlis rasmi yang mana CEO aku pernah memberi sedikit ucapan membicarakan mengenai 'Budaya Bertegur Sapa - TERIMA KASIH'. Kisah ada di SINI.. 

Berbalik pada kisah aku tadi, walau masih belum selesai sepenuhnya tapi cukuplah dulu sampai pukul lapan malam menyiapkan bahan-bahan yang diperlukan DAN.. pengarah mengarahkan aku untuk hadir bertugas keesokkan harinya bagi membantu menyiapkan kerja yang masih belum lengkap sepenuhnya.

20 Mei 2021 (Khamis) - WFO
Mesyuarat berkenaan diadakan pada sebelah petang, segala dokumen berkaitan aku kena siapkan sebelum tengahari dan Alhamdulillah ada yang menghulurkan bantuan bagi melengkapkan dokumen tersebut.

21 Mei 2021 (Jumaat) - WFO
Kebenaran hadir bertugas digunakan sebaiknya, mana yang tak sempat buat kita bawa balik buat di rumah. Biasanya bila bekerja dengan kebenaran sebegini memang rasa semput. Mengejar masa yang singkat, ditambah pula ada proses sanitasi di aras aku bekerja kerana ada pekerja yang disahkan positif covid-19.

Masa inilah terjadinya perbualan antara teman sekerja pasal siapa yang kena 'marah' kelmarin.
'Terasa macam saya pulak yang kena marah'.
'Kuat suara pengarah, sampai dekat tempat kami boleh dengar'.
'Tertanya-tanya juga pengarah bercakap dengan siapa kat dalam bilik'.

Aku..?
No hurt feeling. Janji kerja selesai.
======================================

Manakala minggu akhir bagi bulan Mei 2021, selain dari anak-anak berhadapan dengan PdPR, aku mengambil pendekatan dengan memberi ruang pada mereka yang lebih memerlukan untuk hadir bertugas mengikut kuota yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Lagipun minggu sebelumnya aku dah all out dengan kerja yang diarahkan, jadi hanya hari sehari aku hadir bertugas, manakala hari yang lain aku bekerja dari rumah (WFH).

#RemajaPurba: 

1 comment:

uncle gedek said...

No hurt feeling dan no 'hard' feeling... :D

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...