Followers Remaja Purba

Saturday, June 5, 2021

Kenangan yang tertinggal - Aidilfitri 2021


Dari hari ke hari mencari mood untuk cuba menulis di sini. Aku rangkumkan kisah dari bulan April hingga Mei 2021 sebagai kenangan yang tertinggal.

KISAH PERTAMA
27 April 2021 - Selasa
'Ibu penat ke..? '
'Kalau ibu penat, ibu tinggalkan je Nuha dekat sini'. 

Dia rasa serba salah bila aku tolak dia ke sana ke mari yang membabitkan urusan di bangunan berlainan. Mengah aku dibuatnya tapi demi anak, biar aku penat asalkan dia cepat sembuh. Cuti sakit dak Nuha pula disambung tiga minggu lagi. Susah hati aku sebab banyak mata pelajaran yang nak kena kejar.

Lepas raya Aidilfitri ni, kelas hanya dijalankan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), kemudian  cuti sekolah pertengahan tahun pula. 


TERKINI:
Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun total lockdown Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Mengikut takwim jadual persekolahan, pembelajaran secara bersemuka akan bermula pada 14 Jun 2021 tetapi bila berada pada situasi total lockdown ini - kita tunggu dan lihat pada perkembangan semasa.

Gambar yang di edit sendiri oleh dak Nuha.
Untuk rekod, kisah asal ada di SINI..
dak Nuha masih dikawal ketat tidak boleh keluar melepasi pagar rumah.


KISAH KEDUA
Berbuka puasa di rumah myMIL
Menu utama: Ikan jenahak masak asam pedas dan kari kambing.

Jauh disudut hati, betapa beruntungnya en. Hubby masih dapat menjenguk mak dan ayah tapi aku langsung tak boleh. Dalam hati takde siapa yang tahu selainNYA.

Berbuka puasa di rumah mySIL
Simpan sini sebagai kenangan.


KISAH KETIGA
1 Mei 2021 - Sabtu
Selepas lebih sembilan tahun aku setia bersama Streamyx, kini Unifi pula di kawasan perumahan aku. Hampir majoriti jiran setaman menukar pakej ke Unifi. Hasil..? Terima bil, bayar je lah.

Terima kasih buat mereka berempat bersusah-payah menyediakan semuanya.

Bekerja mencari rezeki walau ketika cuti umum 1 Mei 2021 - Hari Pekerja.


KISAH TERAKHIR
Walau hampir menghampiri penutup Syawal tahun ini, sedikit kenangan aku tinggalkan di sini dari kisah semasa, sebelum dan selepas Aidilfitri 2021. Sebelum itu, nanti aku cerita kenangan pada 1 Syawal 1442 pula.

Lima hari sebelum raya..
Kali pertama buat ketupat daun palas. Asal ada bentuk sudah.

Sehari sebelum raya..
Lemang dikongsi bersama #GengJiran rumah.

Tart Nenas bukan aku buat. Tart nenas yang menjadi kegemaranku.

Seminggu selepas raya
Rendang ayam, rendang daging maman dan dodol diterbangkan khas dari kampung. Air tangan ibu saudara dan tokSu. Menu wajib raya yang disejukbeku untuk aku tapau bawak balik tiap kali aku balik kampung.

Tak terfikir langsung periuk kera pun aku dapat sebab terlebih excited terima rendang dan dodol dari kampung. Merasa juga seperti tahun lepas.

Tiga hari berturut-turut aku masak lemang pulut periuk kera. (22 Mei 2021)

Klimaks..?
Tidak seindah dapat beraya bersama keluarga di kampung.

#RemajaPurba: Kita sama tak dapat raya..

2 comments:

Sheila Adziz said...

akak tak pernah mkn nasi dlm periuk kera tu... pandainya buat

Anonymous said...

Dulu minat lemang periuk kera, tapi sekali keluar info

Menurut ZoologiMy, dalam satu kajian yang dilakukan oleh saintis daripada Universiti Brunei Darussalam (UBD) mendapati tumbuhan ini bertahan kerana kotoran daripada kelawar. Kelawar menjadikannya sebagai mangkuk jamban.

Kajian mengatakan kelawar jenis Hardwicke ini dijadikan tumbuhan sebagai tempat tinggalnya kerana kelawar ini akan memberikan nutrien yang penting untuk tumbuhan ini kekal subur.

Jika banyak kelawar yang berkunjung pada tumbuhan ini, ia akan mendapat lebih banyak nitrogen berbanding tumbuhan yang tidak didiami oleh kelawar ini. Malah, 34% sumbangan najis kelawar ini kepada nutrien yang diperlukan oleh periuk kera.

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...