Followers Remaja Purba

Wednesday, June 12, 2019

Persediaan sebelum Aidilfitri..?


Kisah Satu - 30 Mei 2019 (Khamis)
Selepas hampir seminggu menahan sakit hidung yang membengkak, akhirnya aku menyerah kalah. Ditemani en. Hubby, aku berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.. 😭 Aku pun tak tahu macam mana boleh kena. Takkan kena attack dengan tangan en. Hubby. Nak kata dak Nuha tendang, lagi mustahil.. 🤔 Ada haiwan liar cuba cium aku ke..? 😅 Disebabkan sakit tersebut, dua hari aku dapat cuti sakit dari doktor dan Alhamdulillah bengkak pada hidung aku semakin baik sebelum menjelangnya Aidilfitri.


Kisah Dua - 2 Jun 2019 (Sabtu)
Berbuka puasa bersama #GengLorong en. Hubby di Setia Alam. Dijamu dengan lemang yang dimasak oleh #ChefHubby di sana dan rendang ayam dari wife salah seorang dari #GengLorong.  Tukar cara masak lemang.. tak payah tunggu depan asap, depan bara api.. 🤗😍

Masak lemang dalam tong drum.
seperti di SINI..


Kisah Tiga - 4 Jun 2019 (Selasa)
Sehari sebelum raya, kali ni projek masak lemang dalam tong drum diteruskan untuk santapan di pagi raya di rumah MIL dan rumah mak aku di kampung.

'Ibu, esok raya ke ibu..?'
'Esok tak payah puasa dah kan ibu..?'
'Ibu, esok nak bangun sahur, nanti kejutkan tau..'
Hailaa anak.. terasa macam kaunter pertanyaan pulak dibuatnya.


Kisah Empat:
Kisah beraya.. tunggu dulu..

StatusHati: Ada dinding tebal antara kita..

7 comments:

Anum said...

seronoknyaaaaaaaaaa

norhidana said...

dugaan nk raya mmg mcm2 kak... dana masa nk raya tu blh lak langit2 dlm mulut ni luka, mkn apa semua rasa pedas je... tak nikmat...
mak suh pi kenek takmo, last2 raya ke 2 pegi jgk sbb dh tak tahan...

pastu balik kl nyesal sbb tak dpt rasa masakan mak yg sedap2 dek kerana tak berapa boleh rasa

Pha Is said...

geng lorong x pe.. jangan lorong gelap je.. hehehe..

selamat hari raya..

Kakcik Seroja said...

Banyak juga kisah raya...tapi semakin 'tidak berupaya' untuk mencoretkannya...

PeRdU cINta said...

Tunggu kisah raya pulak.

Warisan Petani said...

Salam lebaran 1440H

AzianKhalil said...

Uit..kenapa dengan hidung? Tambah mancung ke?

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...