Kelmarin birthday my MQA dak Adik.
Hadiah hari lahir untuk dak Adik paling mengejutkan adalah berada di kecemasan hospital akibat kecederaan pada kaki beliau malam tadi. Anak ok sambil menahan sakit.. #MakBudak yang panik.
#AnakLelakiKenaKuat
Awalnya aku ingatkan hanya sedikit kecederaan yang dialami oleh dak Adik tapi bila dia menangis sambil menahan sakit, terus kami bersiap packing apa yang patut dan bawa ke Emergency Hospital.
Menangis dia malam tadi sebab aku cakap doktor nak operate kaki dia. Hati tisu sungguh.. hahaha..
Susah hati sebab senakal-nakal dia tak pernah lagi jadi macam tu waktu main bola.. tapi nak jadikan sebab.. main pulak bukan waktu latihan bola..
Menunggu turn untuk jumpa doktor bertugas.
Masa ni pelbagai ragam dan kerenah boleh dilihat.
XRay kaki dak Adik..
Doktor bertugas minta kami bawa dak Adik berjumpa dengan Doktor Orthopedic untuk tindakan selanjutnya.
Akhirnya.. Alhamdulillah..
Selesai part 1..
Part 2..
Akan bertemu Dr. Orthopedic pada minggu depan untuk mengesan sama ada berlaku keretakan tulang atau hanya Soft Tissue Injury (STI)..
Part 3..
Dekat pukul 3am sampai rumah..
Part 4..
Terima kasih buat yang turut menemani hingga selesai awal pagi tadi.
#HadiahHariLahir
#KakimyMQA
Komen dari seorang sahabat:
Takpelah kak, kita fikir yang baik² aje atas semua yang berlaku. Allah bagi ujian sebab Allah sayang... yang penting kena redha yer... MQA kuat!
StatusHati: Malam tadi kalau en. Hubby takde, mahu MakBudak panic lebih. Yelah.. anak jarang sakit teruk. Nak pulak sampai kena bawa ke Emergency.. huhuhu..
Mudah2an kecederaan ringan aje.
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh dan hb.
semoga dak adik cepat sembuh
ReplyDeletehui. kalau syaza pun panic, akak ! ni sebab main bole yer ? ada anak lelaki cam ni la. hero. tak boleh di jangka kena macam ni. alahai, masa besday pulak tu. semoga cepat sembuh & dimudahkan semuanya untuk anak akak ") inshaAllah takde apa-apa tu
ReplyDelete