Followers Remaja Purba

Thursday, April 12, 2018

Pasal Bendera



Di satu laluan susur selepas satu lebuhraya ni..
Kalau kelmarin hanya satu warna bendera yang mewarnai sepanjang jambatan tu TAPI pagi tadi.. wah.. bendera tu telah dialihkan ke tepi memberi laluan pada satu lagi warna bendera.

Lah..! Cuba buang perasaan cemburu iri hati tu.. Masih banyak kawasan lain yang ada kan. Pasanglah dekat tempat yang takde bendera tanpa perlu alihkan hak orang lain.

Kalau dah bendera pun kau berani alihkan tak mustahil dalam tampuk kepimpinan nanti pun sama. Secara sinikalnya.. Mana yang elok kau tolak ke tepi, mana yang buruk kau biarkan bermaharajalela. Kawallah sikap pentingkan diri tu, nanti pasal bendera pun boleh bergaduh besar.

Kita tunggu pagi esok.. tengok ada tak bendera lain cuba merampas tempat di jambatan tersebut.. 😎🙃
#Pilihanraya2018


StatusHati: Aku masih di sini..



6 comments:

Normi Nieza said...

bendera apakah itu?hihi

Ann Ishak said...

cer bagi gambaran warna bendara tu :D

norhidana miswan said...

jgn kak, skrg ni mana2 yg fanatik psl politik blh sampai bergaduh, mau yg kwn baik pun blh jd musuh time2 ni klu tak separti hehhehe

apa lg dok lwan tayang bendera

Hani Fadhlina Abdul Rahman said...

Zaman dah maju, masih ada yang berperangai macam tu...

Putri said...

Tengah demam pru...time ni la kita nk tengok isi hati manusia.hal kecik pun boleh jd besar

Dunia Zumal said...

Begitulah politik orang kita, suka dengki mendengki...

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...