Followers Remaja Purba

Tuesday, October 24, 2017

Best ke Filem TOMBIRUO: Penunggu Rimba?


Aku salah seorang yang meminati karya Ramlee Awang Murshid (RAM) dan memiliki hampir kesemua novel beliau. Bukan senang untuk aku suka sesebuah karya tu tapi bila dah jatuh cinta, seboleh mungkin aku berusaha untuk mendapatkannya.

DAN..
Akhirnya salah satu naskhah beliau berjaya diadaptasi menjadi sebuah filem - TOMBIRUO: Penunggu Rimba dan menjadi fenomena ketika ini. Ditambah pulak Zul Ariffin menjadi teraju utama filem ini yang berkebetulan sedang hangat dalam drama Titian Cinta.. bertambah-tambah meletoplah jadinya..

 
AKU..?
Tak lepaskan peluang.
Merengek pada chef Hubby nak menontonya di pawagam ditambah pula dengan rengekan anak-anak yang turut teruja nak menontonnya.




AKHIRNYA..
Pada 17 Oktober 2017, hari Selasa lepas, jam 11 malam ditemani chef Hubby dan askar-askar kecik, dapat juga aku menontonnya. Peluang yang ada haruslah jangan lepaskan. Golden Screen Cinema (GSC), Setia City Mall menjadi pilihan kali ini.


Bila ada yang bertanya.. best ke filem Tombiruo tu..?

JAWAPAN aku:
Tak rugi sebenarnya menonton filem ni di pawagam. Walau tak 100% sama macam dalam novel tapi plot penceritaannya tetap tak lari. Novelnya lagi best tapi filem Tombiruo tu pun tetap ada sisi yang menarik untuk ditonton.

TAPI..
Nak kata puas.. tidak semaksima mana. Aku rasa macam nak repeat je balik sebab malam tu walau kami duduk couple seat tapi seat tu jadi triple seat sebab askar paling kecik kejap nak diriba kejap nak duduk tempat dia.. hahaha.. tak puas #MakBudak nak menontonnya.


Komen aku tentang:

PELAKON:
Barisan pelakon terbaik beraksi dalam filem Tombiruo ni.
Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Dato' M.Nasir, Hasnul Rahmat, Faye Kusyairi, Datin Marlia Musa, Dynas Mokhtar, Michael Chan, R. Azmi Ismail antara teraju utama filem ini yang diarahkan oleh Nasir Jani dan Seth Larney.

Watak Ejim seorang lelaki gagah yang bukan berwajah manusia dianggap sebagai penunggu rimba yang sering disisihkan oleh penduduk kerana wajah beliau itu. Sinopsis filem ni boleh je google. Dah ramai yang bercerita mengenainya.


LOKASI PENGGAMBARAN:
Terasa nak ikut berlari bersama Ejim menikmati suasana dalam hutan tu. Just love it that situation. Lagi-lagi bila Ejim dekat atas pokok tu.. How sexy is he.. ggrrr.. aauumm.. miowww... Boleh meletup ovari macam ni.. hahaha..


Sumber en. Google


Golden Screen Cinema (GSC), Setia City Mall
#MakBudak yang teruja lebih sebenarnya..


Couple seat haruslah untuk kami


Askar-askar kecik depan kami, senang nak pantau..



Koleksi Novel RAM - Tombiruo, Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir




StatusHati: TOMBIRUO: Penunggu Rimba - 9/10 stars! ⭐️ dari aku.



5 comments:

norhidana miswan said...

ramai kwn2 yg dh tgk n bg review yg filem ni best.... org ni bila lah nk tgk nih.... aduhla.... nk tgk jgk.... lagi2 bila kita mmg peminat RAM, semua novel dia wajib bli n ada

Wak Lat said...

wahh sonoknyer dok kursi couple gituuu., ;p

mamapp said...

Bestnya.. mama pun peminat setia novel ram

ewanthology said...

silap2 ada sequel nnt

hainom OKje said...

Best yeh..... review org cakap best. Sesekali tengok wayang memang best. Skrin besar, sound system pun best. Cite ni tak berapa minat pulak nak tengok.

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...