Followers Remaja Purba

Wednesday, June 14, 2017

Tak payahlah ibu.. membazir je..


Ramadhan 2017..
Alhamdulillah..
Masih lagi mengekalkan ciri-ciri berjimat-cermat.
Makan apa yang ada berdasarkan bahan yang ada di dapur.
Part ni chef Hubby dah belikan sesiap, mudah untuk aku bersilat sebelum waktu berbuka.

Anak-anak pulak dah biasa diajar untuk bersederhana.
Bila ada tambahan menu dari Bazaar Ramadhan, mulalah rambang mata; yang akhirnya tersadai tak makan. Dah membazir.

Biasanya dak Kakak memang tak bagi aku beli sebab dah tahu tak akan habis dimakan. 'Tak payahlah ibu.. membazir je.'

Paling penting.. hidangan ayam kena ada.
Dak Adik tak boleh takde ayam.
Susah nak tengok dia makan dengan berselera kalau hidangan yang takde ayam.
Tu yang stok ayam kena sentiasa ada.

Dak Nuha merengek tu biasalah..
Puasa..?
Puasa suku hari tu biasa..
Puasa setengah hari baru dua hari ni haa sebab pergi sekolah.
'Kat sekolah tak boleh makan.' Adu dak Nuha pada aku.. 
'Memanglah tak boleh, kan bulan puasa.'
  
Setakat ni rutin harian takde yang pelik.. normal.. biasa je..


StatusHati: Terasa tenang Ramadhan kali ni..


6 comments:

Nurzakiah Hanum said...

alhamdullilah

norhidana miswan said...

bgs la mcm tu kak... mudah time berbuka tu... tak pyhla nk sedia mcm2 makanan...

Amanda Suria said...

Amboi...tp betul la..membazir je..last2 x abih..tong sampah yang makan

HeNRieTTa JoSe said...

itu la...kadang kadang bila lapar mcm mcm nk dbeli...alhamdulillah rietta pown dh xke bazaar sejak tahun lepas, malas nak bersesak dan kurang senang dengan harga yang terlalu mahal...

mamapp said...

Pandainya kakak. Ye lah kalau pergi bazar Ramadhan belum tentu sedap, mahal Pula tu

tiga lalat said...

selamat berbuka pose cikKak yee., kat jb awal sikit., hikhik2

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...