Followers Remaja Purba

Tuesday, June 13, 2017

Sesi Persekolahan pada bulan Ramadhan 2017


Berakhir sudah cuti sekolah pertengahan tahun selama dua minggu. Hari ni anak-anak akan kembali ke sekolah. Dah puas cuti, berehat sakan di rumah kan.. Maka bertabahlah ye anak-anak yang akan mengikuti sesi pembelajaran sepanjang bulan Ramadhan.

#MakBudak pulak kenalah lagi gigih bersilat di dapur sepanjang sesi persekolahan dalam bulan Ramadhan ni. Tiada lagi bantuan hayat dari anak-anak di dapur.

Masa perjalanan pergi dan balik kerja pun kenalah bersaing dengan mereka yang berkejar untuk menghantar dan mengambil anak di sekolah. Kalau dah tersangkut dalam kesesakan jalanraya, alamatnya lewatlah sampai. Tapi harap-harapnya takdelah sampai di rumah dekat waktu berbuka.. kesian pada anak-anak nanti.

Apa-apapun, moga rutin harian sepanjang dua minggu terakhir bulan Ramadhan ni dipermudahkanNYA.


StatusHati: Bilalah nak kembali #PerasanSlim ni..



4 comments:

norhidana miswan said...

seronok la anak2 nih puasa 2 minggu time sekolah pastu sambung cuti seminggu lak raya....

cuma skrg cuaca agak panas, sian lak bdk2 nih msti haus kan

lia ummiirfan said...

Betul tu. Bantuan hayat dah kembali ke sekolah. Hehe.

HeNRieTTa JoSe said...

btul...jalan dah kembali sesak pagi tadi....moga 2 mggu akhir ramadhan ini membawa sinar bahagia buat kita...

Amanda Suria said...

Dania start sekolah Isnin ari tu..NS x amik cuti Nuzul Al Quran rupanya

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...