Followers Remaja Purba

Friday, December 30, 2011

Perpisahan itu berlaku jua..

Walau berat rasa hati nak berpisah tapi aku tahu lambat-laun aku terpaksa melepaskan jua.. Apa yang aku cuba elak akhirnya berlaku jua.. Bukan aku tak mengenang budi tak mengenang jasa tapi aku terpaksa lakukan..

Sedih rasa hati nak berpisah, bukan setakat di hati tapi dah mengalir di mata.. orang tengok aku buat tak tahu je..



Akhirnya..

Hari ini genap 3 tahun dak Kakak dan dak Adik bersama nenek a.k.a pengasuh.. Dari kerenah anak-anak sampailah aku, nenek layan.. Banyak kenangan manis bersama beliau.. (ni masa menaip ni pun airmata tunggu turn nak turun je ni..)


Buat nenek a.k.a Pengasuh..
Terima kasih yang tak terhingga sepanjang mengasuh dak Kakak dan dak Adik.. Kemaafan dipinta dari hujung rambut sampai hujung kaki serta halalkanlah apa yang telah kami makan dan minum sepanjang tempoh tersebut.

Kalau boleh klon, aku klon nenek bawak balik rumah.. sebab aku cukup serasi dengan layanan dan jagaan nenek terhadap anak-anakku.. Tapi aku sedar.. perpisahan ini pasti akan terjadi dan hari ini terbukti..




sob.. sob.. sob.. aduh.. tadi banyak idea.. la ni terbang melayang sebab aku dah tak nampak huruf kat lappy aku ni..




Nenek.. dan aku..
Kami sama-sama menangis.. (la ni pun tengah nangis.. aduh.. potong stim betullah..)


Bukan maksud tak jumpa langsung lepas ni.. tiap kali cuti sekolah, anak-anak akan kuhantar ke rumah nenek..

Dipendekkan cerita yang dah panjang berjela ni.. InsyaAllah panjang umur tahun depan kita jumpa lagi.. I'll miss u nenek.. pasti aku akan rindu nak dengar nenek membebel 'marah'kan aku.. rindu dengan air tangan nenek.. rindu suasana naik turun tangga tingkat 10.. yang pasti aku sedih sangat-sangat..



psstt: alamak.. mataku dah merah, confirm dak Kakak banyak soal ni nanti..


psstt lagi: pengasuh baru dak Kakak dan dak Adik jiran depan rumah aku.. bakal menjalankan tugas pada tahun depan..


last psstt: terus teringat arwah wan.. rindunya aku pada zaman kanak-kanakku dulu..

13 comments:

  1. ni mesti sebab masalah jauh kan?

    ReplyDelete
  2. kalau kita dapat pengasuh terbaik pun sedih berpisah apatah lagi pengasuh darah daging kita sendiri..

    ReplyDelete
  3. knp tukar pengasuh?? errr...pindah eh?

    ReplyDelete
  4. huhu.. saya pun macam nak bergenag air mata membacanya.. huhuhu... pertemuan dan perpisahan itu kan lumrah kehidupan..

    anyway, selamat tinggal kenangan 2011... kita mulakan lembaran baru 2012

    Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 buat aizamia... thanx sudi jadi sahabat saya di alam maya ini...

    ReplyDelete
  5. Selamat tahun baru 2012, semoga hidup Ai sekeluarga akan lebih baik pada tahun 2012 dan tahun-tahun seterusnya, InsyaAllah : )

    ko cepuk abang gedek bagi pihak cik ina : )

    ReplyDelete
  6. zulfikar hazri:
    a'ah.. dekat 2 tahun bertahan tapi akhirnya terpaksa berpisah.. :(


    Ayin MM:
    itu yang sedang ai alamai..

    ReplyDelete
  7. Munnafendy:
    a'ah sebab - berpindah..


    Gen2Merah:
    walau berpisah tapi insyaAllah time cuti sekolah pasti akan jumpa nenek a.k.a pengasuh..

    samalah dengan ai.. terima kasih kerana menjadi kawan di alam maya ni..

    selamat datang 2012 tapi tidak bermakna terus melupakan 2011....

    ReplyDelete
  8. Cik Ina Do Do Cheng:
    terima kasih cik Ina..

    oh.. uncle gedek tu sebenarnya nangis tu.. hikhikhik..

    ReplyDelete
  9. jangan sedih kak. sy pun menangis nnti ;')

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...