Followers Remaja Purba

Tuesday, January 25, 2011

Maybank YSL P.J

Pagi tadi, on the way balik ke office, Noorul perasankan yang kereta Perdana V6 ni tak tutup tingkap (owner tak sedar agaknya terus kunci pintu) dan kebetulan ada 2 orang mamat ni berlegar-legar di sekitar kereta tu. Kami memang dah tak sedap hati masa tu, ikutkan hati nak balik office je tapi atas dasar tak sampai hati punya pasal aku decide bagitau guard bank tu dan Noorul tunggu kat V6 tu.

Pakcik guard tanya kereta apa? Dia cakap tu kereta bos dia bila aku sebutkan no. kereta tu. Oklah dia ambil tindakan segera dengan bagitau bos dia bila dia tengok sendiri kereta tu dan mamat 2 orang tu terus blah bila tengok aku bawak skuad penyelamat.

Dipendekkan cerita, kereta tu dapatlah diselamatkan dari niat tak baik mamat 2 orang tu. Tak terfikir nak ambil gambar mamat2 tu sebab dorang tu boleh dikatakan ada rupa tapi tak seindah rupa.


Nota:
Takde angpow ke tak pun limau sekotak ke? Hehehe...
Jauh sekali nak harapkan balasan cuma tolong atas sesama insan.

2 comments:

Ayin Masliza said...

salam... saya membalas kunjungan... baik sungguh budi awak. semoga menjadi contoh pada diri saya dan org lain..

aizamia3 said...

wslm... terima kasih kembali, bukan mengharapkan balasan tapi saya membayangkan kalau saya yang berada ditempat dia mesti susah hati sebab barang dalam kereta dicuri.

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...