Followers Remaja Purba

Monday, January 17, 2011

kali pertama berjauhan

Kali pertama aku berjauhan walau hakikatnya berdekatan. Sedih di hati usah cakaplah, belum jauh aku pandu keluar kg, dah menitik airmata. Tapi kukuatkan hati, yelah kalau asyik menangis macam mana pulak nak pandu kereta.

Kakak dah menangis bagai taknak kena tinggal tapi pengasuh suruh aku balik tak payah pandang2 lagi dah. Belum jauh aku dah call pengasuh tanya keadaan kakak. Sekejap tadi je dia nangis tapi ternyata aku memang tak kuat nak hadapinya.

Sedih usah cakaplah, teramat jarang aku tinggalkan kakak dan adik tapi buat masa ni biarlah kakak dok kat 'asrama', kalau agak2 tak ok, bawak je balik Meru macam biasa.

Esok nak ke PPUM, appointment untuk adik. Oh!Hati... Sabarlah dikau...!

Nota jari: Masa taip ni kutahankan dari keluarnya airmata.

No comments:

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...