Followers Remaja Purba

Sunday, July 3, 2011

Sesi Berkampung

Kali pertama aku hadiri sesi berkampung ni.. Kalau dulu mak dengan ayah yang akan pergi tapi sekarang aku dengan hubby.. Kebetulan kali ni kat rumah atuk sedara..

Petang tadi aku datang jenguk muka, tolong pun sekadar yang perlu. Takdelah beria tapi kenalah tunjukkan muka, kang hubby tarik muka pulak.. sebab aku ni kategori ‘pemalu’..

Malam, perbincangan dimulakan dari menu, peralatan, tempat memasak, chef dan chief serta para pembantu.. Aku..? Tolong apa yang patutler nanti..

Cuma yang lecehnya tarikh tu sama dengan tarikh Family Day office aku.. Hubby confirm hundred and ten takkan pergi.. Aku..? Dah tentu nak pergi tapi masalahnya kenduri kat rumah atuk sedara aku tu nanti dari tengahari tu sampailah ke malam..

Dipendekkan cerita, hubby diperlukan dibahagian memasak.. Aku..? Berapa banyak kali aku daa.. Tunggu jelah hari bersejarah tu nanti apa yang akan jadi pada aku..



psstt: Aku rasa macam nak baling dadu pilih yang mana satu.. dan yang pasti kenduri kat rumah atuk akan ada ayam golek.. yummi.. bertambah lagi sebatian dalaman aku..

6 comments:

Pembawa_Wacana said...

Hehehe....saya pun sesat tadi...ni baru sampai rumah... hoho..

Anda jadi blog pilihan....:)

aizamia3 said...

Pembawa_Wacana:
itulah.. ingatkan dekat rupanya dalam kawasan kampung jauh dari jalan besar.. ;)


yo.. tq bro.. ;)

PinKy MoMMa said...

ayam golek????
melelehhhh...cakap je tapi bila tgk kompem tak nak..aihh..

aizamia3 said...

PinKyMomma:
yang buat sedap tu cicahnye.. kalau cicahnya fail.. maka hasilnya pun idoklah sesedap mana.. ;)

Sunah Sakura said...

bila da berkeluarga kene belajar berkampung pulak kan.. hehehe..

aizamia3 said...

Sunah Sakura:
kena belajar dengan lebih jaya lepas ni.. ;)

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...