Followers Remaja Purba

Sunday, July 3, 2011

Taman Perepat Indah & Jakel

Masih tak serik-serik nak guna khidmat rakan tak berapa ngam ni ---> GPS.. walhal boleh je call mintak tunjuk arah.. Konon-konon boleh carilah.. Rupa-rupanya taman tu kat bahagian dalam kampung, bukan kat jalan besar..

Nasib baik tak terus tuju sampai ke Klang, kalau tak buat penat je pandu jauh-jauh buang minyak.. Dua tiga kali guna GPS pun tetap sama jugak tunjuk arahnya.. Akhirnya kitorang selamat sampai rumah member sekolah aku dulu atas bantuan tuan rumah jugak.. 'itulah bang, kalau dari awal call kan senang..' Hubby ingat dekat jalan besar je.. manalah tau..

Anyway, thanx to you Ali jemput kitorang datang majlis Tahlil dan Cukur Jambul anak kau itu.. Kira aku ni wakil budak kelas kita dululah.. yelah. lagipun rumah kita bukannya jauh manapun (itupun lepas dah tau..)

Selesai kat rumah Ali tu, kitorang terus ke Jakel Seksyen 7, sale sampai 15hb. Julai ni.. Sesi untuk buang duit.. ;)

Sedang syok pilih kain, ada pulak announcement 'happy hour'.. Harga runtuhler kiranya.. wah.. memang meriah.. aku takdelah beria tapi ranap jugaklah duit hubby.. fuh.. nasib baik aku minta lebih, kalau kurang kenalah topup duit sendiri.. 'terima kasih ye bang.. nanti dah siap tempah baju, nak duit lagi ye..' Ni yang buat aku sayang ketat-ketat.. kihkihkih.. kan aku dah kata.. memang pisau cukur... hahaha..



psstt: Masalah sekarang, belum jumpa tailor yang sanggup jahit baju hubby dan si bujang kecik ni.. sempat lagi ke ni..?

6 comments:

MamaEma said...

tak boleh caya sgt pakai gps ni...

jalan baru tak akan dibaca langsung

dh beberapa kali terkena..memang buang minyak dan mas..

aizamia3 said...

MamaEma:
jangan kata jalan baru, jalan ceruk kampung pun belum tentu dia dapat jejak.. itu yang terjadi.. dua tiga kali keluar tempat yang sama.. padahal dah tak jauh rupanye.. GPS GPS..

PinKy MoMMa said...

wahhh sakan ni!

kat sini masih open lagi tempahan yang..tak tau la kat sana ;)
cepatan donk huhu

aizamia3 said...

PinKyMomma:
risau ni.. pening tapi en. suami rileks je..

Farah Shamsudin said...

wahh.. masih sempat bershopping..kalau kat area rumah farah, dah tak ambil lagi dah tempahan..

aizamia3 said...

Farah Shamsudin:
sehingga komen ni jawab.. baju tu belum berhantar lagi.. ;)

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...