Tuesday, March 31, 2020

Dam dam dum bunyi mercun 😂


Menu malam tadi: Roti daging..

DAY 14 (31 Mac 2020 - Selasa)
Hari terakhir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).. Yeaahh.. 👏👏👏 selesai 14 hari pertama tapi kena dilanjutkan lagi 14 hari seperti kenyataan di SINI.. 😂😂😂

Tugasan dak Kakak dan dak Adik:
Banyak kerja sekolah yang diberi oleh guru masing-masing perlu disiapkan. Makluman melalui whatsapp perlu dipantau sentiasa.

Tugasan en. Hubby:
Mendapat permintaan dari seseorang menyediakan masakan dan agihan ke RUKA, PPUM. Aku risaukan pergerakan keluar masuk en. Hubby. Moga semuanya dipermudahkanNYA.

Menu serahan hari ni: Kari Kambing..

Tugasan aku:
Tiada kebenaran khas untuk ke tempat kerja sehingga 14 Mac 2020 😟ðŸ˜Đ


Selingan:
Aku bukan orang have².. Orang pun bukannya kenal aku. Lainlah retis.. macam² dimintak eh.. Kemain dam dam dum laie..

Dam dam dum bunyi mercun
Kanak-kanak segera datang berduyun
Dam dam dum mercun berdentum
Semaraklah hari raya ini tahun

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati

Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat mari ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan
Selamat hari raya!
😆😆😆

'Ada orang lagi susah dari kita. Dahlah.. Jangan mengeluh'.

kita kena bersedia dengan apa jua kemungkinan yang akan tiba.

#KisahKita: ...

Monday, March 30, 2020

Maggi Brazil dan RUKA, PPUM


DAY 13 (30 Mac 2020 - Isnin)
Sepatutnya aku berada di tempat kerja pagi tadi bagi menyiapkan dokumen penting yang berkaitan tapi last minute pengurusan tertinggi tempat kerja aku batalkan surat kebenaran tersebut berikutan perkembangan semasa situasi COVID-19. 

Ada hikmah disebaliknya.
Aku masih bekerja dari rumah tapi kali ni membantu en. Hubby menyediakan makanan (atas permintaan seseorang) untuk barisan hadapan di RUKA, PPUM.

Menu: Nasi Ayam
Agihan ke PPUM..

Gambar..?
Dok kalut ke hulu ke hilir, en. Hubby dah gerak hantar makanan tersebut baru teringat. Bukan niat nak menunjuk, sekadar simpan di sini untuk dijadikan kenangan.

Maggi Brazil

Kali pertama aku merasa bayam Brazil ni. Sebelum ni sikitpun aku tak kisah tapi bila berada dalam tempoh PKP ni, mulalah tekak ni gedik pujuk perut terima makanan.. 😂 Ada seikat dalam peti sejuk tu, tak tahu nak masak apa.


Selingan:
Kalau elektrik takde panas weh.. tapi kalau tanya nama artis, maaf saya tak kenal. Memang tak kenal pun sebab tak ikutpun berita semasa artis² ni. Baik layan drama Korean, Thailand, Chinese.. ðŸĪĢðŸĪĢðŸĪĢ

#KisahKita: Pukul 10:30 malam masih makan lagi..?

Ayam Hutan dan Makcik Kiah


DAY 12 (29 Mac 2020 - Ahad) - SEMALAM
Bosan..??

Cantiknya pemandangan ni..

Gambar ini diambil tiga hari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan dan sepatutnya lagi tiga hari akan berakhir PKP ini TAPI demi keselamatan, PKP dilanjutkan dua minggu lagi.

Duduk yo ontok² dalam ghumah. Tengok yolah gambar pemandangan tu pepueh sambil..

ðŸŽķ Oo anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama
Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Kito usoho jauh ke daghi malo petako.. ðŸĪ—
#KuLihatHijau
#BosanWeh

Cerita lain pulak..
Rendang Ayam Hutan by #ChefHubby

Ayamnya?
Jiran sebelah rumah bagi, 'fresh' baru lepas disembelih dan dibersihkan. Jiran kami ni memang suka mintak en. Hubby masakkan. Dapatlah kami tumpang merasa sekali.. 😆
#MCO
#StayAtHome


Selingan:
Bertahun lama tak jumpa Makcik Kiah ni. Bukan jodohku dengan anak beliau waktu itu.. 😅 Siapalah menantu Makcik Kiah sekarang agaknya.. ðŸĪ”
#MakcikKiah
#PakejRangsanganEkonomiPrihatinRakyat
#BukanMenantuPilihan ðŸĪŠ
Berita mengenai Makcik Kiah ada di SINI..

#KisahKita: Kisah Hari ni, petang sikit.. 😉

AdSense

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...