Friday, August 26, 2011

Perancangan dah ada tapi..

Petang tadi..
Kebetulan dan memang bernasib baik baru nak masukkan gear nak balik dari office, hubby call minta ambil kat tempat kerja.. Awalnya tak sesak tapi on the way nak ambil anak-anak kat rumah nenek dorang, kena redah jugak, takde jalan lain dah..

Sampai kat Pekan Meru - tapau, terus balik rumah.. Memang tak sempat nak berbuka kat rumah tapi takdelah terkejar-kejar.. Lagipun dah start cuti, boleh rileks sikit.

Tadi cadangnya nak pergi Klinik sebab aku dah mula rasa nak demam selesema.. tapi hubby pulak nak cat rumah, terpaksa diawalkan..


Kakak..?
Lepas berbuka tak sabar nak keluar..

Adik..?
Pun sama.. sibuk nak 'acun', nak 'acun' (perkataan asal: mercun)

- Puasler dorang cuti tak berapa panjang ni..

Hubby..?
Cat ruang tamu rumah, dari empat penjuru tinggal satu setengah je lagi..

Aku..?
Anak dara jiran kat rumah ajak pergi Uptown.. pergi yang dekat je kat Klang Sentral.. takde papepun.. biasa je.. Hari Ahad pulak nak pergi pasar pagi Shah Alam.. agak-agak kalau tak larat nanti, aku tunggu je dalam kereta.


La ni, dengan jiran-jiran depan rumah lepak kat pondok yang telah diperbaharui.. bersantai habis.. Aku date kejap dengan orang hijau..



psstt: Lepas raya insyaAllah aku akan share sesuatu kat korang.. ;)

Horraayy.. Last Day Kerja..

Hari ni last day aku bekerja sebelum cuti tak berapa panjang..

Kalau orang lain dah buat persiapan untuk balik kampung sebelum raya tapi aku tetap di sini.. Beraya di rumah sendiri dulu baru fikir nak menuju ke mana.. tapi yang pasti tahun ni berkemungkinan besar aku tak balik ke selatan kampung family aku sebab hubby plan nak ke Ipoh.. tak kisahlah nak ke mana, yang penting semuanya selamat berjalan lancar..

Perancangan aku:

Malam ni:
Akan ke klinik untuk further check up.. ops.. tang ni nanti aku bagitau..

Esok:
Malamnya, kalau takde aral melintang menegak, akan sambut birthday dak adik.. Hubby yang minta buat sehari awal (tarikh asal: 28 Ogos 2011)

Ahad:
Mungkin hari ni cat ruang tamu rumah..

Isnin:
Bersedia dengan pembelian bahan-bahan mentah untuk menu di pagi raya nanti..

Malam raya:
Bakar lemang.. ni acara wajib kat TDBi ni..

Selasa:
Hari paling sibuk dan berkemungkinan tidak akan on lappy.. nak kena jeling-jeling manja dengan hubby cer try buat.. hikhikhik..



Selain dari perancangan tersebut di atas..:

Baju raya:
alamak.. baru teringat, baju hubby dan dak adik belum amik kat tailor..

Kuih raya:
cukup sudah..

Lain-lain:
eeemm... ok je setakat ni, belum nampak kelam-kabutnya lagi.





psstt: Aku dah mula rasa nak demam..

Thursday, August 25, 2011

dari A sampai Z


Semangat berkobar-kobar nak bina ayat untuk entry dalam blog tapi bila dah hadap computer rasa terbang semangat tu..



A
B
C
D
sElamat
F
G
Hari
I
J
K
L
M
N
O
P
Q
Raya
S
aidilfiTri
U
V
W
X
Y
Z



…

…

…

…

…






psstt: yeye.. esok last day aku kerja..


AdSense

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...