Sunday, May 3, 2020

Pengurusan Tertinggi di tempat kerja


DAY 47 (3 Mei 2020 - Ahad)
Hari kesepuluh Ramadan
Kisah di SINI adalah dirujuk.

Memetik kata-kata Pengurusan Tertinggi tempat kerja aku:
'Memandangkan ramai yang tertanya-tanya berkaitan keperluan untuk bertugas di pejabat mulai esok, adalah dimaklumkan bahawa Pengurusan Tertinggi telah memutuskan supaya tuan/puan terus kekal *Work From Home (WFH)* sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Ini bagi membolehkan kami membangunkan SOP dan kaedah yang terbaik demi menjaga kesihatan dan kebajikan semua kakitangan dan keluarga tersayang'.

Alhamdulillah..
Sedikit lega dengan keputusan yang dibuat.

Selingan:
Ingatlah.. Walau telah diberi sedikit kelonggaran 'bersyarat' tetapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berjalan seperti biasa.

#KisahKita: ... 

Saturday, May 2, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)


DAY 46 (2 Mei 2020 - Sabtu)
Hari kesembilan Ramadan

Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dari 18 Mac 2020 lepas, ramai yang terkesan + terjejas terutama dari segi sumber pendapatan. Semua sedia maklum tentang itu.

La ni..
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pula akan dimulakan mulai 4 Mei 2020 (Isnin) di mana hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti akan dibenarkan beroperasi tertakhluk kepada syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti di SINI..

Lepas ni..
Fasa ke empat PKP ni belum habis lagi. Tak guna kalau keselamatan + kesihatan tidak dijaga dengan baik. Pelbagai kemungkinan akan berlaku.

Sementara itu..
Berdebar-debar menunggu pihak atasan tempat kerja aku membuat keputusan untuk menentukan siapa yang akan hadir bertugas nanti. Jauh disudut hati aku tak nak tapi kalau dah arahan tiada siapa yang boleh pertikaikan.

#KisahKita: ...

Friday, May 1, 2020

Perutusan Khas Perdana Menteri sempena Hari Pekerja


DAY 45 (1 Mei 2020-Jumaat)
Hari kelapan Ramadan
Selamat Hari Pekerja

Teks Perutusan Khas dari Perdana Menteri Malaysia sempena Hari Pekerja. 1 Mei 2020.

Sempena Hari Pekerja

'Kerajaan telah memutuskan untuk membuka semula sektor-sektor ekonomi secara berhati-hati dengan menguatkuasakan SOP kesihatan yang ketat'. SOP pembukaan semula sektor ekonomi boleh dirujuk di SINI.

Bermula 4 Mei 2020, hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakhluk kepada syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.


Bersediakah Aku?
Jujurnya aku tak bersedia tapi aku tahu lambat-laun aku pasti akan kembali bekerja. Walau COVID-19 belum berakhir tetapi bila arahan dikeluarkan oleh tempat kerja aku, maka aku wajib hadir bertugas.

Fikir yang baik-baik jelah..

#KisahKita: ...

AdSense

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...