Followers Remaja Purba

Friday, March 27, 2026

RAYA KEEMPAT - Dak Jasmine

 
24 Mac 2026 - Selasa [4 Syawal 1447H]

Hari ini masa untuk berehat di rumah. Sementara masih dalam fasa bercuti, gunakan sebaiknya. Nanti bila dah mula bekerja, bukan mudah nak ambil cuti.

Pagi..
Keluar membeli barang keperluan untuk dak Kakak dan dak Adik di pasar raya berdekatan menggunakan 'bantuan Rahmah' yang diberikan oleh kerajaan. Aku cuma menambah sedikit duit untuk cukupkan apa yang mereka pilih. Sambil itu, aku turut membeli sedikit barang barang dapur. Sebelum pulang, sempatlah kami singgah makan.


Tengah hari..
Agak lewat aku masak kerana masing-masing masih kenyang. Menu hari ini ringkas aje — tomyam, cepat dimasak dan cukup untuk mengisi perut.

dak Jasmine..

Sepanjang kami bercuti balik beraya, pihak hotel dak Jasmine menginap sentiasa update video sebagai makluman untuk kami. Dak Jasmine ni jenis penakut, tak mesra. Kalau ia jenis extrovert, memang kami dah bawa balik kampung sekali.


Lewat petang..
Pihak hotel menghubungi aku, memaklumkan dak Jasmine sudah boleh diambil. Lewat sedikit kerana aku ambil pakej penginapan termasuk grooming.

Raya keempat ni juga menjadi hari pertama en. Hubby memulakan kerja di tempat baru. Alhamdulillah.. moga kekal lama. Syukur juga dilembutkan hati, kalau tidak.. bertambah penat dan tertekan badan ni.

Aku..?
Sekarang cuma nak hidup tenang-tenang je. Bila marah + sakit hati datang, aura negatif  pula yang ambil alih. Hidup ni memang keras, jadi kena kuat berusaha untuk melengkapkan pusingan hidup.. supaya tak mudah jadi bahan bualan orang. 

Ok.. Tarik nafas.. Hembus nafas..
Ulang sampai rasa marah itu perlahan-lahan hilang.

#RemajaPurba: ..

Thursday, March 26, 2026

HARI RAYA KETIGA


23 Mac 2026 - Isnin [3 Syawal 1447H]

— Disclaimer —
[Tiada gambar makanan mahupun gambar keluarga]


Pagi..
Pak Busu dah mula sibuk memasak — ada tempahan untuk kenduri aqiqah. Kari kambing dan sup kambing jadi menu utama. Kami bantu mana yang perlu. Selebihnya aku lebih banyak berehat, cuba kurangkan pergerakan supaya sakit pada pinggang tak datang kembali mengganggu.

Sepanjang hari hanya berehat di rumah. Memang begitulah setiap kali balik ke rumah Mak Busu — jarang sangat kami nak keluar berjalan, Bukan tak mahu cuma malas nak berhadapan dengan kesesakan jalan raya. Nak masuk bandar Melaka lagilah kami tak mahu.


Malam..
Kami bergerak pulang ikut jalan kampung. Rupanya ramai juga yang ambil keputusan sama — mengelak kesesakan di lebuh raya. Sebelum masuk semula ke lebuh raya, kami sempat singgah di KFC, cadangnya nak makan di situ tapi deme dah nak closing, kami tapau dan makan dalam kereta sepanjang perjalanan pulang.


Tawakkal Heritage - Rantau, Negeri Sembilan

Penat tapi lapar..

The Best Things In Life Are Meant To Be Shared


Alhamdulillah.. 
Kami selamat tiba di rumah pukul 1:15 pagi. Sunyi je kawasan perumahan aku — yelah, dah lewat begitu baru sampai rumah. Sementara anak-anak mengeluarkan barang dari dalam kereta, aku pula membasuh baju tapi kali ni aku sidai di dalam rumah je. Siang nanti, bolehlah fokus buat kerja lain pula.


Selesai sudah perjalanan raya kami — penat tapi penuh dengan kenangan. Dari riuh rendah di kampung hingga sunyi malam di rumah sendiri, semuanya tersimpan rapi dalam ingatan. Kini.. kembali ke rutin harian, sambil membawa bersama rasa syukur dan sedikit rindu yang masih bersisa.

#RemajaPurba: Sambungan dari [SINI]

SELAMAT HARI LAHIR MAK


26 Mac 2026 - Khamis [6 Syawal 1447H]

Hari ini hari lahir Mak Aku..
Alhamdulillah.. 
Mak yang masih kuat dalam meledani rutin harian di kampung.


😍Selamat Hari Lahir Mak😍
Walau jauh di mata, mak sentiasa dekat di hati.
Terima kasih atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang tak pernah putus. Moga Allah panjangkan umur mak, berikan kesihatan yang baik dan kebahagiaan berpanjangan.

Aamiin³ 🤲🏻

🌷Happy Birthday to you Mak..🌷



#RemajaPurba: Rindu mak sangat-sangat..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...