Friday, July 4, 2014

Semua orang Panik..


'Semua orang panik nak balik cepat sebab nak masak untuk berbuka agaknya.. tu yang jalan sesak teruk tu..' Komen hubby bila aku bagitahu keadaan jalan yang luarbiasa sibuk ketika bulan Ramadhan..

Kalau nak bandingkan dengan tahun lepas, kali ni laluan yang tak terjangkau dek akal yang sesak teruk. Jalanraya yang dah memang sedia sesak tu, usah ceritalah kan.

Tapi.. aku masih sempat masak untuk keluarga kecik kat rumah. Walaupun ada bazaar Ramadhan tapi aku sekadar 'tumpang lalu' je, nak membeli takut terbazir makana.

Moga DIA permudahkan urusan kita semua dan moga kita semua dilindungiNYA.. amin..

psstt: Bagi yang bertanya.. aku masih belum berkesempatan nak buat 'puteri mandi'.

Thursday, July 3, 2014

Sedang bersilat dengan..




Hari ni kembali bertugas..

Merujuk kepada entry semalam..
Hubby cakap 'cuti atau tak.. sama je keadaannya.. tak jugak dapat rehat.. macam mana nak baik..'


Alhamdulillah.. pinggang aku agak 'stabil' hari ni dan takde jalan senget teruk macam sebelum ni..
Tapi.. tetap belum boleh melasak.. kena kawal pergerakan buat sementara..



psstt: Sedang bersilat dengan kerja hakiki yang ada..





Wednesday, July 2, 2014

Semalam aku di PPUM


Mencari idea untuk berbuka..


Pagi semalam aku di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).. atas tujuan mendapatkan rawatan akibat 'kecederaan' pinggang yang aku alami..

Biasanya bila dah tak mampu nak menahan sakit baru aku 'menyerah diri' di hospital..

Andai sakit ni masih berterusan dalam masa terdekat ni aku akan rujuk semula di hospital.. sebab biasanya selepas hampir seminggu sakit pinggang ni akan pulih tapi tidak pula kali ni..

Hari ni aku cuti rehat..
Hubby cakap 'cuti atau tak.. sama je keadaannya.. tak jugak dapat rehat.. macam mana nak baik..'



psstt: Hari ni aku nak cuba buat Puteri Mandi..



AdSense

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...