Tuesday, June 24, 2014

PJ International Fair 2014 yang bertemakan Kesenian Rakyat


Hanya disebabkan my pakwe merajuk, ni yang lambat siapkan entry ni..


PJ International Fair 2014 - Folklore Festival


Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan kerjasama International Council of Organizations of Folklore Festivals and Folk Arts, (CIOFF) akan menganjurkan PJ International Fair 2014 Folklore Festival bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-8 dinaikkan taraf sebagai sebuah bandar raya.
Festival kesenian antarbangsa ini melibatkan penyertaan kumpulan kebudayaan dari dalam dan luar Negara seperti Indonesia, India, Mesir, Sri Lanka, Iran, Senegal, Korea, Thailand, Kenya, Bangladesh, Ghana, Jepun dan Nigeria serta tidak ketinggalan kebudayaan tempatan Malaysia.
PJ International Fair 2014 yang bertemakan Kesenian Rakyat merupakan kesinambungan kepada edisi pertama 2013 yang dikenali sebagai “PJ International Fair yang bertemakan Sustainable Lifestyle Green Living” yang telah berlangsung pada 21 dan 22 Disember 2013.
PJ International Fair 2014 Folklore Festival akan menampilkan acara-acara menarik yang dipersembahkan oleh negara-negara yang mengambil bahagian dengan menampilkan 4 segmen utama iaitu persembahan kebudayaan rakyat, sukan rakyat, demonstrasi masakan tradisional, pameran dan jualan barangan kraftangan.
Festival ini antara lain bertujuan untuk mempromosikan Bandar raya Petaling Jaya khususnya dan Negeri Selangor serta Negara Malaysia amnya sebagai sebuah destinasi antarabangsa yang berdaya huni melalui keharmonian budaya, ciri-ciri persekitaran terbaik dan aktiviti-aktivitinya yang menarik.




 Gambar persiapan sebelum malam pembukaan Jumaat lepas..
Lagi gambar menarik boleh layari FB MBPJ..




Cantik dan menarik tong-tong sampah yang ada..




Tengahari hari Jumaat tu saje jalan-jalan cuci mata ketika matahari terik atas kepala..
Antaranya..
Memanah.. 12 batang RM10 tapi aku tak dapat main sebab instructornya pergi solat Jumaat..




Pelikat Pants Afdlin Shauki..


Baru di bina..




yang ni aku tak tahu apa kegunaanya..


Bukan selalu dapat bergambar di tengah jalan yang sentiasa sibuk ni..




psstt: Perasmian Festival Antarabangsa Petaling Jaya 2014 pada malam Jumaat lepas bertempat di Pusat Bandar Seksyen 52, Petaling Jaya.. turut menyajikan persembahan tari dari 8 negara dan 6 negeri di Malaysia. ---> aku tak dapat pergi..




Monday, June 23, 2014

Pakwe Remaja Purba merajuk..



Semangat berkobar-kobar nak bercerita di sini tapi sayang pakwe aku merajuk pulak..
Inilah masalahnya bila laptop merajuk, maka usaha untuk memasukkan gambar di sini terpaksa ditangguhkan..



psstt: Sakit pinggang kembali menyerang..




Friday, June 20, 2014

Main-main ye dia..



Hampir dua minggu abah, mak mertua, abang dan adik ipar kembali dari menunaikan umrah..
Alhamdulillah keadaan mereka sihat dan moga terus sihat dan kuat dalam menjalani kehidupan seharian hendakNYA..

 

Ni kisah sebelum..
 
Dak Nuha mencuri tumpuan ketika orang lain sibuk mengemas..



Menyakat dak Nuha dengan beg besar ni..

Ingatkan dia menangis.. lagi dia suka ye ada..


Kita buka penutup beg tu.. dia tarik tutup balik..


Dak Adik pulak menyakat..




dak Kakak pun sama..
alahai anak-anak..





psstt: Nak pergi jalan-jalan cuci mata kejap tengok apa yang menarik di Festival Antarabangsa Petaling Jaya 2014.

 



AdSense

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...