Followers Remaja Purba

Thursday, January 1, 2026

ANNIVERSARY - 01 JANUARI 2026


01 Januari 2026 - Khamis [11 Rejab 1447H]

Malam sambutan Tahun Baru, 01 Januari 2026, aku menyambutnya dari tingkat 4, hospital di sini. Percikan bunga api hanya mampu ditatap dari jauh kerana my MIL dimasukkan ke hospital sehari sebelum tahun 2026 bermula. Tahun baru hadir tanpa sorak, tanpa pelukan — hanya doa yang dipanjatkan dalam diam.

Moga mak Umi cepat sembuh hendakNYA.



Buatmu en. Hubby..
01 Januari 2026 — ulangtahun kita. Ingat, perkahwinan bukan tentang siapa menang atau siapa betul. Ia tentang saling menghargai, menjaga dan bertanggungjawab. Jangan pentingkan diri sendiri, jangan abaikan usaha pasangan dan jangan biarkan ego merosakkan apa yang kita bina bersama selama ini.







Semoga tahun ini membawa lebih banyak senyuman, doa yang makbul dan moment indah yang kita cipta bersama. Jaga hubungan ini dengan hati dan tindakan kerana kasih sayang hanya kekal bila dihargai bersama.


@RemajaPurba: ..

3 comments:

  1. Happy anniversary ya..1 malaysia celebrate skali dgn bunga api =)

    ReplyDelete
  2. semoga MIL diberi kesembuhan..aamin..
    selamat tahun baru 2026 dan selamat ulang tahun perkahwinan juga.. semoga yang baik2 untuk sis dan keluarga.. aamin

    ReplyDelete
  3. Happy anniversary. Semoga berkekalan & berkasih sayang hingga syurga. Semoga MIL cepat sembuh.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...