sambungan dari [SINI]..
01 Januari 2026 - Khamis [11 Rejab 1447H]
Semalam dan kelmarinnya, segala urusan telah dibuat di masjid dan hari ni pihak keluarga arwah memohon agar tahlil diadakan di rumah.
Ramai jiran hadir memberi sokongan, bukan sekadar untuk bersama-sama mengirimkan doa, malah turut memberikan sokongan moral dan bantuan tenaga. Juga turut membantu en. Hubby dalam urusan menyediakan juadah untuk tetamu yang hadir.
Agak lama juga kami tak gunakan set pinggan dan cawan ni, biasanya guna pinggan pakai buang.
Dari sudut positif — langkah ini dapat mengurangkan penggunaan plastik serta menyokong keseimbangan antara keperluan manusia dan alam sekitar, sekali gus membantu mengurangkan pencemaran dan penghasilan sisa.
Antara juadah yang disediakan.
- Maaf tiada gambar semasa tahlil diadakan -
Selesai tahlil, urusan diteruskan pada sebelah petang dengan aktiviti memasak dan membungkus makanan untuk diagihkan selepas waktu Maghrib di masjid. Nampak sungguh en. Hubby yang kepenatan.
myAtok sedang menyediakan bahan cekodok untuk myNenek menggorengnya.
Setiap doa yang dipanjatkan, setiap tangan yang membantu membawa sinar ketenangan kepada yang pergi dan kekuatan kepada yang tinggal.
@RemajaPurba: ..



No comments:
Post a Comment