Followers Remaja Purba

Thursday, January 22, 2026

[22] JANGAN BIARKAN ORANG LAIN MENANGGUNG


22 Januari 2026 - Khamis [3 Syaaban 1447H]

Baru-baru ini telah berlaku satu insiden di tempat kerja akibat perselisihan faham berkaitan satu isu kecil je. Pergaduhan yang pada awalnya bersifat lisan telah menjadi tegang akibat rasa tidak puas hati antara pihak terlibat.

Dalam keadaan tersebut, berlaku body contact antara kedua-dua belah pihak. Susulan daripada kejadian itu, salah seorang dari mereka telah membuat laporan polis demi keselamatan diri. Laporan dibuat bagi merekodkan kejadian berdasarkan apa yang berlaku, tanpa sebarang niat untuk menyalahkan mana-mana pihak dan sebagai rujukan rasmi sekiranya diperlukan. Setakat hari ini, aku tak follow up keadaan mereka, cuma doa mengiringi.


Adakah salah seorang dari mereka yang terlibat punya sejarah?
Orang normal boleh buat perkara luar biasa, pencapaian melebihi had. Namun apabila seseorang tidak malu melakukan sesuatu yang orang biasa tidak buat itu luar daripada akal sihat, itulah gangguan mental kecelaruan personaliti.


Kecelaruan personaliti ini amnya terbahagi kepada tiga kluster iaitu A, B dan C, masing-masing dengan corak tingkah laku yang berbeza, namun kesannya sama — jika tidak disedari dan tidak diurus, ia merosakkan hubungan, kerja dan orang sekeliling.
  • KLUSTER A
    Melibatkan pemikiran yang pelik, penuh curiga dan menjauhka diri daripada manusia. Hidup dalam syak wasangka bukan tanda kuat tapi tanda minda yang tidak pernah tenang.

  • KLUSTER B
    Paling kerap menimbulkan konflik. Emosi meletup-letup, manipulasi, ego berlebihan dan sikap tidak peduli terhadap perasaan orang lain sering dibungkus dengan alasan 'aku begini sejak dulu'. Hakikatnya, trauma bukan lesen untuk melukakan orang lain.

  • KLUSTER C
    Kelihatan lebih senyap tapi tetap memberi kesan. Ketakutan melampau, kebergantungan dan keperluan mengawal segalanya akhirnya menekan diri sendiri dan orang di sekeliling.


PERLU DIINGAT:
Tidak semua perangai buruk adalah 'personaliti'. Tidak semua luka boleh dijadikan justifikasi dan tidak semua orang wajib memahami kita jika kita sendiri enggan berubah.
Kesedaran diri bukan kelemahan. Mendapatkan bantuan bukan aib, yang memudaratkan ialah menafikan masalah dan memaksa orang lain menanggung akibatnya.

Dengan perkembangan hubungan dan pengalaman hidup yang terhad, tidak mustahil seseorang boleh cenderung kepada salah satu kluster kecelaruan personaliti. Bezanya, selagi hormon dan fungsi otak masih berada dalam keadaan seimbang, seseorang itu mungkin tidak menunjukkan tingkah laku yang ketara seperti individu yang mengalami kecelaruan personaliti.


Perkembangan yang tidak sihat ini tanpa disedari menghasilkan dua kelompok penderita kecelaruan personaliti:

Pertama: Mangsa iaitu orang yang dibuli.
Kedua: Tentulah pembuli itu sendiri merupakan pesakit mental.

- UmiZahan - 

Dewasa ini, seseorang boleh terjerat dengan gangguan mental akibat perbuatan orang lain. Perbuatan buli sudah bukan sahaja dalam bentuk fizikal. Seiring perkembangan masa buli ditafsirkan dengan lebih luas. Buli boleh terjadi dengan pelbagai cara dan di mana-mana. Pembuli sudah bukan dalam kalangan orang berkelas rendah.


KENAPA?
Orang waras sentiasa waspada dalam tindakan maksudnya mampu membuat pertimbangan sebelum berbuat apa pun. Pembuli adalah orang sakit!


PENTING UNTUK DIFAHAMI:
Masalah psikologi bukan salah individu tetapi menafikannya dan enggan bertanggungjawab adalah pilihan. Kesedaran diri ialah langkah pertama. Bantuan profesional ialah usaha, bukan kelemahan kerana memahami diri sendiri sepatutnya tidak berlaku dengan mengorbankan orang lain.


@RemajaPurba: -UmiZahan-

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...