Followers Remaja Purba

Wednesday, January 14, 2026

[14] CUTI PERAYAAN TAHUN 2026 DAN CUTI TAMBAHAN KPM


14 Januari 2026 - Rabu [24 Rejab 1447H]

Tahun 2026 membuka ruang untuk perancangan yang lebih tersusun, khususnya dalam mengimbangi komitmen kerja, persekolahan dan masa rehat kerana rehat bukan tanda berhenti tetapi ruang untuk kembali lebih kuat.

Seiring dengan itu. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan takwim persekolahan dan cuti Tahun 2026 seperti di [SINI] sebagai panduan rasmi buat semua.

Pengumuman ini merangkumi cuti persekolahan serta cuti perayaan yang diperuntukkan mengikut kumpulan yang ditetapkan, selaras dengan pengembalian jadual persekolahan kepada struktur asal seperti sebelum pandemik COVID-19.


CUTI PERAYAAN TAHUN 2026


Susunan cuti persekolahan dan cuti perayaan tahun ini membolehkan perancangan awal dapat dibuat, sama ada dari segi komitmen keluarga, urusan kerja mahupun masa rehat yang berkualiti. Moga setiap cuti yang dirancang menjadi ruang untuk berehat, menghargai masa dan mencipta kenangan serta ketenangan jiwa dan kebahagiaan buat semua.

#RemajaPurba: Rancang cuti, jaga diri, nikmati hidup..

4 comments:

  1. Bila dpt cuti berderet dgn weekend ni mmg byk planning yg sy & Hata buat =)

    ReplyDelete
  2. panjang cuti masa CNY tu nanti... pening nak atur anak2 ni.. hihihi

    ReplyDelete
  3. tengah duk adjust adjust program yang nak dibuat time cuti cuti perayaan ni... tq share info

    ReplyDelete
  4. bagus ada cuti tambahan & info awal cmni sng parents nak plan kan

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...