Followers Remaja Purba

Thursday, October 3, 2024

'SUSAH.. TAPI TAK MUSTAHIL' - Program Permuafakatan Bersama Waris Tahun 6 di SK - Part 4


03 Oktober 2024 - Khamis (29 Rabiulawal 1446H)

Alhamdulillah, tiada kecederaan serious pada kaki dak Nuha, sakit itu masih ada dan pagi tadi aku dah maklumkan kepada guru kelasnya, dak Nuha tidak dapat hadir ke sekolah. Kisah di SINI..

========================================


22 Jun 2024 - Sabtu (15 Zulhijjah 1445H)

Pada tarikh ini aku telah menghadiri Program Permuafakatan Bersama Waris Tahun 6 di SK dak Nuha.

Sambungan dari..
Part 1 di SINI..
Part 2 di SINI..
Part 3 di SINI..


Di sini saya juga nak kongsikan buat anak-anak Tahun Enam yang mana pada tahun hadapan akan melangkah ke sekolah menengah, anak-anak menjadi sedikit besar, anak-anak akan menerima pengalaman, cabaran, situasi baru yang sangat berbeza dengan sekolah rendah.
  • Sayangi diri sendiri baru pertimbangkan yang lain.
  • Hormati perasaan sendiri. Jangan jaga perasaan orang/kawan sahaja. Saya ada cerita jaga perasaan orang. Ada kawan saya buat nota ringkas (nota kecil), bila dia buat nota ringkas tu, dia buat cantik, kemas, elok-elok senang nak dibaca nanti kalau kawan pinjam kawan tu mudah faham.
  • Reward diri sendiri. Ibu ayah pun boleh ada me time sendiri, boleh minta keluar pergi jumpa kawan-kawan pada waktu dan ketika yang sesuai. 

Kepercayaan yang kukuh sebenarnya akan memberi satu perasaan kasih kepada pasangan untuk tidak curang. Banyak sangat syarat, nasihat, banyak sangat yang tak boleh, itu yang menyebabkan suami akan cuba mencari mereka yang boleh menerima dia tanpa banyak syarat.
  • Untuk anak-anak, usah cuba benda yang tidak berfaedah. Skroll tengok media sosial, tiba-tiba tertengok gambar anime bogel. Mulanya tengok anime je, anime tu seksi gila. Anak-anak lelaki 'Ya!Allah.. astaghfirullah hal adzim..' Nampak sangat dah tengok. Boleh tengok game tapi perempuan dalam game tu seksi Ya!Allah. 'bapak punya seksi' anak-anak sekarang cakap. Adakala game yang melondehkan baju satu-satu budak perempuan itu.
  • Pertama tengok anime dulu, yang kedua tengok yang betul, yang ketiga simpan dalam handphone. Ibu ayah check handphone anak-anak ye. Simpan gambar-gambar tak senonoh/porno, lama-lama terpengaruh dan gambar pornografi/lucah menjadi makanan.

Ada satu kes, seorang murid ni datang berjumpa apabila saya sebut tentang ketagihan pornografi secara umum di dalam perhimpunan. Dia adalah pengawas, 'sayalah antara orangnya yang memang sangat ketagih untuk melihat pornografi/gambar lucah. Bantu saya untuk tinggalkan sebab saya nak periksa SPM'. Apa yang baik tentang anak ini adalah dalam masa dia ketagihan itu, dia masih solat lima waktu.
  • Saya tanya, 'pada waktu bila yang kamu tidak ingat untuk melihat pornografi?' 'Pada waktu saya solat cikgu'. Waktu solat sehingga habis berdoa dan selepas habis berdoa asakan nafsu itu datang dengan semborono dekat kepala dia dan dia tengok balik. Bayangkan ibu ayah, betapa solat itu boleh membuktikan rasa ketagihan. Dia bagi handphone dia pada saya sebab dia tak nak ada gadjet yang ada access yang boleh access untuk melihat pornografi. Alhamdulillah, dia boleh tinggalkan perlahan-lahan. Anak-anak lelaki terutamanya, hentikan tengok gambar lucah. Jangan buat!

Anak-anak yang bijak mencari jalan, yang malas mencari alasan. Itu semua orang tahu. Tiada apa yang mustahil dalam dunia ini bila anak-anak berusaha untuk buat. 


SAYA KONGSIKAN SEDIKIT..
Saya selalu ditanya bila saya belajar?
Saya kongsikan di sini dan mungkin boleh bagi motivasi kepada anak-anak. Saya murid cemerlang SBP sehingga tingkatan tiga sahaja. Bila tingkatan empat, saya sangat aktif, saya ada masalah keluarga yang mengganggu kepala otak saya menyebabkan saya tidak bagus untuk peperiksaan SPM. Hanya sederhana baik, moderate takdelah buruk sangat cuma saya tak lepas pergi ke luar negara.

Saya rasa nak tebus balik, dapat masuk ke UiTM, dalam masa yang sama saya memohon masuk maktab dan saya berjaya masuk maktab disebabkan isu-isu keluarga. Ayah saya bankrap daripada perniagaan, kewangan sangat tidak mengizinkan, saya bekerja sendiri untuk mendapatkan duit semua benda, saya ambil keputusan untuk masuk maktab jadi cikgu.

Apabila selesai, saya kerja, 'tak cukup saya belajar tu'. Saya buat lagi lagi Diploma Pentadbiran Awam secara separuh masa. Selesai Diploma, saya ingat nak sambung dalam bidang undang-undang tapi Kementerian Pelajaran tidak iktiraf, tidak bagi kebenaran. Saya berhenti di situ hinggalah saya ambil Bachelor of Education Pendidikan dan Kaunseling di UPM. Pada saat itulah saya bertekad untuk menjadi pelajar yang terbaik.

Pada saat saya jejak UPM pada tahun 2004, saya bertekad untuk menjadi pelajar cemerlang, pelajar terbaik ambilan/kohort saya dan saya bertekad tidak mahu membayar PTPTN. Saya pastikan saya dapat setiap semester sijil dekan. Alhamdulillah, setiap semester saya dapat sijil dekan dan dua kali mendapat anugerah pengarah. Saya dapat semua A dalam subjek.

Bila orang tanya macam mana saya boleh kekalkan mendapat keputusan terbaik setiap semester? Saya kata 'ia susah tapi tak mustahil'. Betul tak..?


Apabila anak-anak ada niat, ada tekad yang sangat jelas, Allah akan mudahkan urusan. Sebelum terlambat, niat untuk menjadi pelajar yang terbaik semampu/seboleh-bolehnya dan bertekad untuk berjaya. Jangan jadi loser! Niat dan Tekad. Allah akan mudahkan. Usaha setiap kali peperiksaan 'Saya bertekad untuk mendapat keputusan terbaik..!'.

'Susah tak, nak dapat A Matematik?'
Pasti sebahagian akan cakap susah.. 'susah gila cikgu. Saya tak faham'.. tapi mustahil tak, nak dapat A? 
  • Susah matematik tapi tak mustahil dapat A.
  • Susah Sains tapi tak mustahil dapat A.
  • Susah nak didik anak tapi tak mustahil anak itu akan berjaya cemerlang dan mendoakan kita balik.

Ingat betul-betul kata saya.. 'SUSAH.. TAPI TAK MUSTAHIL'..

#RemajaPurba: Ok.. tunggu Part 5..

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...