Followers Remaja Purba

Wednesday, October 9, 2024

'JANGAN TERPENJARA DENGAN MASALAH'' - Program Permuafakatan Bersama Waris Tahun 6 di SK - Part 5 (Akhir)


22 Jun 2024 - Sabtu (15 Zulhijjah 1445H)

Beberapa entry terdahulu dari sesi ceramah ini:
  • 'IBU AYAH ALPHARD, ANAK-ANAK FERRARI' - Part 1 di SINI..
  • 'KENAPA PENTING URUSAN EMOSI?' - Part 2 di SINI..
  • 'MENJADIKAN ANAK SEBAGAI ASET DUNIA DAN AKHIRAT' - Part 3 di SINI..
  • 'SUSAH.. TAPI TAK MUSTAHIL' - Part 4 di SINI..

====================================================

Ingat betul-betul kata saya.. 'SUSAH.. TAPI TAK MUSTAHIL'..
  • Untuk anak-anak Tahun 6, pilih strategi belajar yang betul. Nak study hard tapi tak dapat apa-apa atau nak study smart. Kena study smart.
  • Tanya kaunselor/guru bagaimana strategi belajar yang betul. Mereka akan ajar anak-anak. 
  • Buat hobi yang anak-anak suka. Kalau suka main, pergilah main tapi jangan main sampai satu hari.
  • Rehat kena cukup. Hujung minggu jangan terlampau banyak main, nanti bila dah masuk hari Isnin, dalam kelas - tidur!
  • Istiqomah. Buat perkara yang kecil/baik tapi berterusan. Contoh: Setiap hari bangun pagi, fikirkan.. 'Ya!Allah aku nak ubah satu perkara/sifap buruk yang ada dalam diri aku kepada bersifat yang baik'. Kalau tak pernah salam dengan ibu nak pergi sekolah, salam ibu. Setiap hari, tolong ubah satu perkara/sifat buruk kepada yang baik. 
  • Buat baik itu nikmat. Kalau nikmat itu tak dapat sekarang, ia akan dapat nanti. Sama juga dengan ibu ayah, didiklah anak-anak dengan baik.
  • Anak-anak lelaki ramai cemerlang ketika sekolah menengah. Anak-anak perempuan dah memang cemerlang dari sekolah rendah tapi kalau anak-anak lelaki ini rajin, mereka akan jadi super pandai. Lelaki dia lambat sikit tapi pick up dia cepat, sebab itu bila anak lelaki dididik untuk dia sayangkan pelajaran, dia akan cepat tangkap.

Buat anak-anak dan ibu ayah, jangan terpenjara dengan masalah. Sumber penyelesaian/solusi terbaik adalah kembali semula kepada Allah. Buatlah baca Al-Quran beramai-ramai. Jadi imam untuk solat.


SIAPA FIKIR DALAM KEHIDUPAN INI SEPATUTNYA SENANG-LENANG SENTIASA DAN SEPANJANG ZAMAN?
Selagi kita dinamakan manusia dan selagi kita hidup, setiap masa itu kita diuji. Ujian itu adalah sepanjang hayat. Anak-anak, sepanjang kita hidup dari kecil sehingga ke hujung nyawa, kita akan sentiasa diuji. Jangan takut dengan ujian.

Untuk ibu ayah, adakala pasangan tidak mahu mendengar alasan. Kalau you accept kata you salah, minta maaf dan tak payah nak explain. Waktu dia marah, tak payah nak explain apa-apa.. 'dia bukan nak dengar pun'.


MULAKAN SEKARANG, HARI INI DAN JANGAN CEPAT PUTUS ASA
Peluang itu perlu direbut dengan cepat kerana kadang-kadang peluang itu hanya datang sekali sahaja. Untuk menjadi cemerlang bukan ambil masa yang singkat. Ibu ayah, untuk kita mendidik anak menjadi anak-anak yang cemerlang di dunia dan di akhirat, ia mengambil masa. Kadang-kadang sampai kita rasa lelah dan letih nak bagi anak-anak faham.

Maknanya, bila mana kita bermula, pada saat mana pun, ia tidak pernah terlewat. Tiada istilah terlewat bila kita memulakan sesuatu yang baik. Mulalah dari mana pun, mulakanlah sekarang.. Tidak pernah ada istilah terlewat. 

Rasulullah s.a.w bersabda: 'Di akhirat, seseorang merasa hairan ketika dirinya berada di syurga dengan kedudukan yang mulia, lalu dia bertanya 'Dari mana kedudukan ini yang aku dapat?' Para malaikat menjawab 'Anakmulah yang selalu memohonkan ampun untukmu'. Bagaimana Allah meningkatkan kedudukan seorang ibu atau ayah yang meninggal dunia pada tahap yang sangat mulia atas doa dan amal anaknya yang soleh'.

Jadi, jangan berhenti mendidik anak. Jangan didik untuk menjadi anak sahaja tetapi didik untuk menjadi anak yang soleh.


Ada tiga doa yang mustajab yang tidak diragukan atau diterima secara terus oleh Allah:
  • Doa orang yang teraniaya
  • Doa orang yang musafir
  • Doa orang tua khususnya ibu kepada anaknya.
Jika ibu kita telah meninggal dunia, hilanglah satu doa yang mustajab yang Allah angkat.

Didiklah anakmu kerana engkau akan ditanya tentang anakmu kelak di hari akhirat. 'Apa yang telah kau ajarkan' dan anak-anak juga akan ditanya tentang bakti dan ketaatannya kepada ibu dan ayah - hadith dari riwayat Ibnu Omar r.a.


AMAL BERGANTUNG PADA NIAT
Semasa saya belajar di universiti dulu, pada ketika itu saya bermula dengan NIAT. Niat saya pada waktu saya berjuang dengan duit gaji RM80.10, saya nak jadi pelajar terbaik. Alhamdulillah.. saya adalah pelajar yang terbaik pada kohort saya, batch saya seramai 78 orang, semua guru kaunseling dan saya menjadi pelajar terbaik. Semuanya mula dengan niat, tekad.

Untuk anak-anak ada matlamat.. mesti ada tarikhnya. 'Aku nak berjaya, bila? peperiksaan mana? bila masanya?'. Graph TOV semasa Tahun 5, 'aku nak berjaya pada peperiksaan akhir Tahun 6 untuk dapatkan kelas terbaik masa sekolah menengah. apa yang aku harus buat sekarang?' Mesti buat sekarang! Mesti ada dateline dia.

TOV (Take Of Value) ialah hasil pencapaian berdasarkan potensi sedia ada seperti pencapaian akademik dalam setiap mata pelajaran. 


Baik, itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Mungkin ia biasa-biasa sahaja selalu dengar, ibu ayah cakap 'alah, benda biasa je'. Memang benda biasa, kita tak buat yang luarbiasa pun cuma saya mengharapkan yang biasa itu diamalkan.
  • Untuk anak-anak, mulakan dengan niat, tekad, bina matlamat, pastikan dateline peperiksaan akhir Tahun 6 dapat keputusan yang cemerlang. 
  • Untuk mereka yang gagal tak kira mata pelajaran apa, memang susah (ada yang susah faham, susah faham konsep, belajar tak faham) tapi dia tidak mustahil untuk berjaya dengan cemerlang. 
  • Dengan strategi dan usaha yang betul, anak-anak pasti berjaya.

Saya berharap anak-anak, ibu ayah fahamlah dengan apa yang saya nak sampaikan. Kita sentiasa berubah menjadi manusia baik selagi kita tak diambil nyawa. Sekiranya anak-anak sihat, seharusnya lebih bersemangat untuk datang sekolah.

Saya mendoakan anak-anak di SK di sini menjadi anak-anak yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Juga kepada ibu ayah menjadi yang terbaik yang akan dikagumi, diingati dan disayangi yang sentiasa terbayang-bayang jika mereka berada berjauhan.

============================================

Alhamdulillah..
Lengkap sudah entry bagi sesi ceramah Program Permuafakatan Bersama Waris Tahun 6 di SK yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Puan Norhasrina binti Ghazali, Guru Bimbingan dan Kaunseling dari SMK Saujana Utama, Sg. Buloh. 

Tambahan info:
Puan Norhasrina binti Ghazali berusia 53 tahun dan telah mempunyai dua orang cucu (seorang 5 tahun dan 3 tahun), 'doakan saya sihat sehingga waktu persaraan saya'.

#RemajaPurba: InsyaAllah.. Aamiin..

3 comments:

  1. Moga anak2 kita semua berjaya dunia akhirat.

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang menarik. Motivasi buat diri saya jugak ni.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah seronok baca di pgi hari jumaat ini. thanks..

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...