Masih ada lagi stok draft yang masih tersimpan dan ini salah satunya.
22 Jun 2024 - Sabtu (15 Zulhijjah 1445H)
Pada tarikh ini aku telah menghadiri Program Permuafakatan Bersama Waris Tahun 6 di SK dak Nuha. Gigih aku mendengar semula rakaman suara penceramah dan aku terjemahkan di sini, cuma akan jadi beberapa entry kerana aku cuba untuk masukkan semua tanpa tertinggal apa-apa.
Sambungan dari SINI..
Penceramah jemputan, Puan Norhasrina binti Ghazali, Guru Bimbingan dan Kaunseling dari SMK Saujana Utama, Sg. Buloh. Beliau adalah lepasan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Berpengalaman luas dan lama dalam bidang pendidikan selama 32 tahun. Beliau aktif terlibat di dalam aktiviti luar:
- Ahli Majlis Penasihat Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran
- Penasihat Mahkamah bagi Kanak-kanak Kuala Selangor
- Ahli NGO Sahabat Jariah Malaysia
- Ahli NGO Persatuan Sokongan Anak-anak Kanser
==============================================
TAJUK: IBU AYAH ALPHARD, ANAK-ANAK FERRARI
Saya ingin menarik perhatian tuan/puan, oleh kerana saya adalah kaunselor di SMK Saujana Utama, Sg. Buloh, saya nyatakan senarionya.
- Apabila anak-anak ditempatkan di SMK, dua subjek yang dilihat untuk meletakkan anak-anak di kelas adalah Matematik dan Sains. Sekiranya anak-anak berhajat untuk berada di kelas terbaik, pastikan memperolehi markah yang tinggi untuk subjek ini. Jika tidak, anak-anak akan berada di kelas-kelas belakang. Tidak bermakna anak-anak tidak berjaya jika berada di kelas-kelas belakang tetapi anak-anak akan struggle, dengan kawan-kawan yang suka main, anak-anak akan hilang fokus. Jadi ibu ayah dengar betul-betul pesanan saya - 'Pastikan anak-anak tuan/puan mendapat keputusan terbaik dalam mata pelajaran Matematik dan Sains'.
- Apabila anak-anak melangkah ke Tingkatan 4, anak-anak ditempatkan di dalam kelas-kelas tingkatan 4, dua mata pelajaran yang dilihat juga adalah Matematik dan Sains. Dapatlah A semua pun, kalau dua mata pelajaran ini rendah, maka anak-anak akan diletakkan di aliran kemanusiaan/aliran sastera. Siapa yang berhajat menjadi jurutera, akan kuranglah peluangnya. Anak-anak yang ingin menjadi doktor, langsung tak dapatlah. Bagaimana subjek Matematik dan Sains ini memberikan impak yang sangat besar.
- Apabila anak-anak menduduki SPM, mata pelajaran Matematik adalah wajib dikira untuk mendapatkan point/markah/merit selain dari Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah. Nak tak nak, Matematik tidak boleh ditinggalkan. Nak tak nak, anak-anak yang tidak suka Matematik, wajib suka!
- Anak-anak yang berhajat untuk masuk SBP, MRSM, tolong pastikan mata pelajaran matematik dan sains sangat bagus.
Berbalik kepada 'Ibu Ayah Alphad, Anak-anak Ferrari'
Kita nak anak-anak kita cemerlang tapi ibu ayah cemerlang tak? Ibu ayah memberikan sepenuhnya ke kepada anak-anak? Berapa pedulinya ibu ayah terhadap anak-anak?
Kita sering merasakan bahawa kita telah memberi sepenuhnya perhatian, terutama dalam konteks duit, 'tidak cukup ayah, tidak cukup ibu'. Betapa banyak isu/masalah ialah anak-anak yang sebenarnya mempunyai masalah di rumah terutamanya kasih sayang dan perhatian. Ayah tak mendengar, kadang-kadang bila kita bercakap. Ibu tidak mendengar, ibu tidak memberi ruang.
Kita sering merasakan bahawa kita telah memberi sepenuhnya perhatian, terutama dalam konteks duit, 'tidak cukup ayah, tidak cukup ibu'. Betapa banyak isu/masalah ialah anak-anak yang sebenarnya mempunyai masalah di rumah terutamanya kasih sayang dan perhatian. Ayah tak mendengar, kadang-kadang bila kita bercakap. Ibu tidak mendengar, ibu tidak memberi ruang.
Kalau kita nak anak-anak kita menjadi Ferrari, kita kena menjadi Alphard baru ianya setara. Ini belum lagi saya kongsikan semasa saya berada di dalam perbicaraan di mahkamah bagi kanak-kanak. Banyak isu-isu disebabkan oleh kesalahan ibu ayah yang menyebabkan anak itu terlibat dengan jenayah, akhlak hingga terpaksa di hantar ke pusat pemulihan akhlak. Sedih..!
Ibu ayah yang bersemangat untuk memastikan anak-anaknya berjaya cuba ingat balik, semasa isteri menyatakan yang dia mengandung, betapa bahagianya rasa terutama anak pertama seperti dunia ni aku yang punya, aku akan mendapat anak. Aku akan menjadi ayah tetapi kenapa masa demi masa, kasih sayang kita, perhatian kita makin menurun? Jika di SMK, pihak sekolah adakala menjemput ibu ayah datang membincangkan masalah disiplin anak-anak. Ini jawapan mereka:
- 'cikgu uruskanlah sendiri, saya sibuk. Kalau cikgu nak gantung-gantung jelah, saya tak dapat hadir'.
- 'Encik, anak encik kerap lewat' 'Tapi anak saya datang kan. Oklah datang'.
CIRI-CIRI ALPHARD:
Besar, Luas, Muat, Mewah, Selesa.
CIRI-CIRI FERRARI:
Sporty, Eksklusif, Versatil, Inovasi, Daya kawalan terbaik, Jimat bahan api tanpa mengurangkan kuasa.
Ini semua ciri-ciri yang hebat. Ciri-ciri yang kita nak apply kepada anak-anak kita, kepada diri kita sendiri. Kebanyakkan ibu ayah mungkin berada Generasi X ataupun Y. Anak-anak sekarang adalah dari Generasi Z. Antara ciri-cirinya:
- Generasi Digital
- Hidup dan bernafas dengan teknologi - takde handphone mati. Ayah ambil handphone macam nak marah. Hyper Connected untuk internat sebagai otak kedua. Tanyalah apa sahaja mereka lebih tahu, sekejap aje google. Tanyalah mereka, otak google tu otak kedua mereka tapi kadang tak guna untuk pelajaran. Itu bahaya.
- Multitasking
- Kurang sabar
- Aktif berfikir tapi tak berfikir secara mendalam
- Pandai teknologi
- Bermotivasi
- Pro Aktif
- Keyakinan diri tinggi
- Kreatif, bertenaga tapi mereka ini pentingkan diri sendiri. Banyak cakap tapi malas.
- Malas membaca buku - confirm. Baca kat handphone je.
- Menunjuk-nunjuk, kurang mendengar cakap, memberontak, tidak berminat, mudah dipengaruhi, tidak tetap pendirian, bergantung kepada cikgu 'cikgu bagi je semua'.
Anak-anak Generasi Z, dia tak reti kurang sabar. Kalau saya bercakap dengan anak-anak murid, 15 minit je. Masuk kelas, berdiri 'bagi saya 10 minit, 15 minit dengar saya cakap'. Lepas tu jangan sambung lagi, dia memang akan buat kerja dia je.
Jadi, ibu ayah:
- Uruskan emosi ibu ayah dengan baik supaya setiap masa kita dapat membantu anak-anak kita. Jika emosi ibu ayah terjaga, maka anak-anak emosinya pasti akan terjaga.
- Mana yang garang tu, kurangkan sikit garang dia. Garang tidak berapa efektif terhadap anak-anak generasi Z. Ibu ayah cakap penat-penat je kan, dia masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, tak lekat langsung. Kena ada pendekatan yang lain.
- Uruskan emosi.
- Peranan ibubapa, kita sangat berperanan tetapi mungkin ada yang kita tertinggal.
- Tabiat ibubapa yang efektif.
- Tidak dinafikan peranan DOA. Mustajabnya doa terutama doa ibu. Saya sejak tua ni berjaga-jaga mengucapkan kata kepada anak saya. Saya takut walaupun tak lafaz di mulut tapi terdetik di hati, saya takut Allah menerima doa saya terdetik di hati. Allah itu mendengar. Jadi bagaimana kita nak kawal, supaya kita tak kata 'kurang ajar anak ni' (takut betul-betul dia kuang ajar).
Setiap anak tidak terus dilahirkan berjaya, pandai, bahagia, menang. Anak-anak juga tidak dilahirkan gagal, menderita, kecewa, jahil, kalah. Anak-anak ni ibarat kain putih. Apa saja yang ibu ayah corakkan, akan menjadi begitu. Jangan harapkan cikgu! Masa berada di sekolah hanya 5 jam sahaja. Daripada 24 jam, selebihnya adalah di rumah. Jadi, kalau gagal ibu dan ayah itu kawal, didik anak-anak di rumah, maka apa yang kita takuti, anak-anak itu juga akan gagal.
Ibu ayah nak mencorakkan apa pun, dia sebenarnya terletak di tangan ibu ayah. Bagaimana kita melihat anak-anak berjaya dari keluarga doktor, semua anaknya menjadi doktor sebab dia adalah daripada dorongan ibu ayah itu. Ataupun ibu ayah yang biasa, kerja selain daripada kategori profesional. Sebenarnya banyak lagi kerjaya lain yang memberi demand atau market yang sangat bagus masih boleh dibuat rujukan.
Ibu ayah boleh mendorong anak untuk menjadi apa yang mereka mahu atau memberikan celik akal kepada mereka. Mungkin anak-anak di Sekolah Rendah tidak begitu kisah tentang cita-cita tapi ibu ayah boleh didik memberikan dorongan supaya mereka tahu apa yang mereka nak dan pastinya dalam matapelajaran dahulu.
===========================================
Kata-kata dari Puan Norhasrina binti Ghazali:
'Sebelum menjadi seorang Kaunselor, saya telah bertugas selama 32 tahun. Lama.. gila bapak lama. 17 tahun sahaja sebagai kaunselor, selebihnya adalah guru akademik. Saya pernah mengajar di SMK Meru pada tahun 2007 hingga 2012. Jadi ibu ayah tolong pastikan anak-anak itu berjaya, bukan akademik sahaja. Alah kalau tak pandai akademik pun berjaya juga TAPI perjalanannya akan jadi panjang dan jauh. Bila panjang dan jauh, likunya juga lagi macam-macam. Ujian pun akan jadi macam-macam'.
No comments:
Post a Comment