01 Oktober 2024 - Selasa (27 Rabiulawal 1446H)
Kali ni kisah mengenai dak Nuha yang telah menjadi mangsa satu kes di sekolah di sini pada minggu lepas. Sambil menahan dari menangis dia bercerita dengan aku yang kawan dia mengusik dia.
Kali ni kisah mengenai dak Nuha yang telah menjadi mangsa satu kes di sekolah di sini pada minggu lepas. Sambil menahan dari menangis dia bercerita dengan aku yang kawan dia mengusik dia.
MakBudak:
'Assalamualaikum ustazah, maaf ganggu. Petang semalam, Husna ada bagitahu saya yang dia nak tukar kelas, adakah ini berkaitan isu yang berlaku minggu lepas? Saya pun takde dimaklumkan oleh pihak sekolah, hanya melalui Husna sahaja. Saya nak pergi sekolah tapi dia tak bagi sebab dia kata dah selesai isu tersebut'.
Ustazah:
'Wsalam, betul puan. Ada murid mengacau dia. Perempuan pulak tu. Saya dah buat aduan ke PKHEM dan dah buat kata peringatan kepada murid tersebut'.
Hanya kerana aduan tersebut, dak Nuha terus dipulaukan oleh kawan-kawan yang rapat dengannya.
MakBudak:
'Semalam dia balik sekolah, dia kata kawan-kawan pulaukan dia, jadi itu yang dia minta tukar kelas'.
Ustazah:
'Semalam saya dah bincang dengan guru kelas yang nak tumpangkan dia. Hari ni boleh terus masuk kelas tersebut. Saya tak nak dia terganggu. Dah la nak periksa'.
Kerjasama daripada pihak sekolah berkenaan kes ini amat aku hargai memandangkan tahun ni dak Nuha merupakan salah seorang calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2024 pada 21 hingga 25 Oktober 2024 nanti.
MakBudak:
'Kelas ni sementara sehingga habis periksa ke ustazah?'
Ustazah:
'Ikut keselesaan dia. Saya ok je puan'.
MakBudak:
'Ok ustazah, nanti saya bincang semula dengan dia'.
.. perbualan seterusnya off record.
Balik sekolah, dak Nuha menceritakan ramai yang tertanya-tanya kenapa tukar kelas. Aku cuma pesan..
'Lepas ni, kalau kawan-kawan tanya, bagitahu yang ustazah suruh. Jangan cerita hal yang sebenar, Nuha juga yang malu nanti walau bukan salah Nuha'.
02 Oktober 2024 - Rabu (28 Rabiulawal 1446H)
Petang ni dak Nuha tak sekolah disebabkan dia jatuh tergelincir di tangga sekolah pagi tadi. Berderau darah aku, dahlah sebelum ni jari kaki dia pernah cedera di SINI..
Setakat tadi, dak Kakak bagitahu dia ok, cuma terpelecok tapi aku tetap minta dak Kakak pantau, harap takde apa-apa.
#RemajaPurba: ...
Moga dipermudah kan pembelajaran Nuha, faham keadaan dia. Ada anak kawan pun kena sampai ganggu studies, Nauzubillah minzalik.
ReplyDeleteAlhamdulillah bagus pihak sekolah prihatin dan ambil berat aduan murid.
ReplyDeleteHarap Nuha tak terganggu emosi untuk PSRA nanti.
Semoga takde kecederaan serius pada kaki Nuha dan cepat pulih ya.
Semoga yang baik2 je utk Nuha..
ReplyDeleteAduhaiii... Zaman skrg ni... Kecik kecik lagi dah ada perangai nk pulau pulau kawan.. apa pun semoga dipermudahkan urusan buat nuha dan diber kekuatan.. insyallah sekejap jer tu
ReplyDeleteSemoga dak Nuha dapat belajar dengan selesa di kelas baharunya
ReplyDeleteSerious ke tergelincir tu? Harap minor je
ReplyDelete