Followers Remaja Purba

Sunday, September 15, 2024

LOGO DAN TEMA HARI KEBANGSAAN DARI TAHUN 1970 HINGGA 2024


Simpan sini.. 

30 Ogos 2024 - Jumaat (25 Safar 1446H)

Alhamdulillah, selesai sudah Sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2024 yang diadakan di tempat kerja. Tak dapat nak turut serta meraikan kerana terlibat di bahagian 'dapur' menguruskan agihan makanan yang telah ditempah awal. Sekadar melihat dan mendengar dari tepi..

===============================================

31 Ogos 2024 - Sabtu (26 Safar 1446H)

Kenangan di SINI..

Sambutan Hari Kebangsaan diadakan pada 31 Ogos 2024 (Sabtu) di Putrajaya dan sambutan Hari Malaysia akan diadakan pada 16 September 2024 di Sabah.

Hari ini juga ada kenduri aqiqah di rumah jiran belakang rumah dan en. Hubby main chefnya. Nanti ada masa aku kongsikan kisahnya.


LOGO DAN TEMA HARI KEBANGSAN 2024:

2024 - Malaysia Madani Jiwa Merdeka


LOGO Hari Kebangsaan:
Mempunyai elemen dan identiti yang istimewa bersifat kenegaraan, dengan menggunakan warna bendera Jalur Gemilang iaitu merah, biru, kuning dan putih.

TEMA Hari Kebangsaan:
Nilai-nilai dan matlamat penting negara pada tahun semasa dan mencerminkan semangat dan matlamat nasional.

Logo dan Tema Hari Kebangsaan dari tahun 1993 - 2023

  • 2023 - Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
  • 2022 - Keluarga Malaysia, Teguh Bersama
  • 2020-2021 - Malaysia Prihatin
  • 2019 - Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih
  • 2018 - Sayangi Malaysiaku
  • 2017 - Negaraku Sehati Sejiwa
  • 2015-2016 - Sehati Sejiwa
  • 2014 - Malaysia.. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
  • 2013 - Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku
  • 2012 - 1Malaysia. Janji Ditepati
  • 2011 - 1Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
  • 2010 - 1Malaysia. Menjana Transformasi
  • 2009 - 1Malaysia. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
  • 2008 - Perpaduan Teras Kejayaan
  • 2007 - Malaysiaku Gemilang
  • 2000-2006 - Keranamu Malaysia
  • 1999 - Bersatu ke Alaf Baru
  • 1998 - Negara Kita Tanggungjawab Kita
  • 1997 - Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
  • 1996 - Budaya Penentu Kecapaian
  • 1995 - Jatidiri Penggerak Wawasan
  • 1994 - Nilai Murni Jayakan Wawasan
  • 1993 - Bersatu Menuju Wawasan

Logo dan Tema Hari Kebangsaan dari tahun 1970 - 1992

  • 1992 - Wawasan Asas Kejayaan
  • 1991 - Wawasan 2020
  • 1990 - Berjaya
  • 1988-1989 - Bersatu
  • 1987 - Setia Bersatu Berusaha Maju
  • 1986 - Bangsa Tegas Negara Teguh
  • 1985 - Nasionalisme Teras Perpaduan
  • 1984 - Amanah Asas Kejayaan
  • 1983 - Bersama ke Arah Kemajuan
  • 1982 - Berdisiplin Giat Maju
  • 1981 - Berdisiplin Berharmoni
  • 1980 - Berdisiplin Berbakti
  • 1979 - Bersatu Berdisiplin
  • 1978 - Kebudayaan Seni Perpaduan
  • 1977 - 20 Tahun Bersatu Maju
  • 1976 - Ketahanan Rakyat
  • 1975 - Masyarakat Berdikari
  • 1974 - Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
  • 1973 - Masyarakat Kebudayaan Malaysia
  • 1972 - Masyarakat Adil
  • 1971 - Masyarakat Progresif
  • 1970 - Muhibbah dan Perpaduan


#RemajaPurba: Sumber dari Jabatan Penerangan Malaysia di SINI..

Friday, September 6, 2024

ALANGKAH MENGERIKANNYA MENJADI TUA


 السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى  سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

06 September 2024 - Jumaat (2 Rabiulawal 1446H)

Jumaat pertama di dalam bulan September.
Semakin hari terasa diri semakin tidak kuat berhadapan dengan kesesakan jalan raya. Bergelut dengan masa ditambah dengan kerenah segelintir pemandu yang seperti dia terpaling lambat ke destinasi.

Dalam keadaan sekarang..
Selagi larat, hadaplah tapi kalau dah tak larat tinggalkanlah. Jangan sampai kita menyusahkan orang lain.


'Alangkah mengerikannya menjadi tua dengan kenangan masa muda yang hanya berisi kemacetan jalan, ketakutan datang terlambat ke kantor, tugas-tugas rutin yang tidak menggugah semangat, dan kehidupan seperti mesin, yang hanya akan berakhir dengan pensiun tidak seberapa'

-Menjadi Tua di Jakarta, Seno Gumira Ajidarma-


'Ketika Allah menentukan takdir yang berat untukmu, yakinlah itu sudah ditentukan sesuai dengan kekuatanmu, tak ada beban yang kamu angkat melebihi kekuatanmu.. ingat Allah ada bersamamu..'

#RemajaPurba: ...

Thursday, September 5, 2024

EMAS dan PERAK buat MALAYSIA di BADMINTON TERBUKA KOREA 2024 - Seoul


Aku bukan peminat tegar badminton tapi tumpang bangga bila kejayaan diraih oleh pemain badminton negara. Latihan demi latihan dan usaha yang bukan sedikit buat mereka layak untuk diberi penghormatan.  


01 September 2024 - Ahad (27 Safar 1446H)

Kejohanan Badminton di Seoul, Korea bermula pada 27 Ogos 2024 dan telah melabuhkan tirai pada 01 September 2024. 

Di dalam kalendar siri BWF World Tour 2024, BWF Korea Open 2024 merupakan kejohanan ke-22 di dalam kategori Super 500 di mana menawarkan mata ranking bersama dengan hadiah wang tunai berjumlah $420,000 atau sekitar RM1.8 juta.

Badminton World Federation (BWF) Korea Open 2024

Senarai pemain Badminton Malaysia yang mewakili negara yang mana terdiri daripada pemain di bawah naungan BAM dan juga pemain profesional negara di Korea Open 2024:

  • Perseorangan Lelaki: Leong Jun Hao
  • Perseorangan Wanita: Tiada wakil
  • Beregu Lelaki: Nur Mohd Azriyn Ayub/Tan Wee Kiong, Goh Sze Fei/Nur Izzuddin, Boon Xin Yuan/Goh V Shem, Choong Hon Jian/Muhammad Haikal, Low Hang Yee/Ng Eng Cheong, Man Wei Chong/Kai Wun Tee
  • Beregu Wanita: Go Pei Kee/Teoh Mei Xing, Lai Pei Jing/Lim Chiew Sien, Pearly Tan/Thinaah Muralitharan
  • Beregu Campuran: Chen Tang Jie/Toh Ee Wei, Hoo Pang Ron/Cheng Su Yin, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing, Wong Tien Ci/Lim Chiew Sien, Choong Hon Jian/Go Pei Kee, Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie

BEREGU CAMPURAN: Chen Tang Jie & Toh Ee Wei

Juara Terbuka Korea 2024 bagi kategori Beregu Campuran

Warna rambut deme pun lain dari perlawanan di Sukan Olimpik Paris 2024 hari tu

Aku suka tengok gandingan mereka berdua.

Sweet je moment ni.. 

Beregu campuran negara berjaya menewaskan beregu muda China Li Qian/Guo Xin Wa dengan keputusan 17-21, 21-13, 21-13 dan menghadiahkan JUARA kepada Malaysia sempena Hari Kebangsaan yang disambut pada 31 Ogos 2024.

Ketika perlawanan berlangsung, geram pulak aku dengar jeritan pemain wanita China tu, nyaring sangat bunyinya tapi semua itu berjaya 'didiamkan' dengan menewaskan mereka. Jadi, kalau nak menang.. tak usah galak sangat nak menjerit. 

================================================

BEREGU WANITA: Pearly Tan & Thinaah Muralitharan

Naib Juara Terbuka Korea 2024 bagi kategori Beregu Wanita

Sekalung Tahniah buat pasangan beregu wanita Malaysia yang telah berjuang hingga ke peringkat akhir sebelum tewas di tangan tuan rumah iaitu Jeong Na Eun/Kim Hye Jeong 21-12 dan 21-11. 

Baju deme kali ni lagi cantik dari perlawanan di Sukan Olimpik Paris 2024

================================================

Semangat dan ketabahan semua pemain sepanjang perlawanan ini telah membuktikan bahawa mereka tetap yang terbaik untuk Malaysia. Aku percaya, menang atau kalah dalam pertandingan ini akan menjadikan mereka semakin kuat dan pengalaman yang diperoleh akan dijadikan sebagai pemangkin semangat untuk terus berjaya pada masa hadapan.

Tahniah buat semua jurulatih. Tanpa anda, mereka tidak akan sampai ke tahap ini dan buat semua pemain, usaha dan terus usaha selagi terdaya.
Sumber dari SINI..

#RemajaPurba: Sumber gambar dari en. Google.

Wednesday, September 4, 2024

Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Beralih ke Fasa SEARCH AND RECOVERY


31 Ogos 2024 - Sabtu
Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dihentikan.

Tarikh ini pasti menjadi kenangan buat mereka yang terlibat dalam Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) wanita warga India, G Vijaya Lakshmi, 48 tahun hilang selepas terjatuh ke dalam lubang susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada 23 Ogos 2024 lepas.

Rakaman CCTV mangsa sebelum kejadian


Selepas sembilan hari Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dilancarkan, akhirnya operasi ini dihentikan pada jam 3:42 petang, Sabtu, 31 Ogos 2024. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia merumuskan operasi SAR ini terlalu berisiko bagi penyelam di mana terdapat halangan keras, ruang sempit dan keadaan arus di saluran kumbahan. Keputusan ini diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan, Dr. Zaliha Mustafa.

Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) melibatkan pasukan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Angkatan Pertahanan Awam, Indah Water Konsortium (IWK), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Unit K9 dan Agensi lain yang berkaitan. Sepanjang operasi dijalankan, kaedah selaman di enam lurang kumbahan loji kumbahan IWK di Pantai Dalam serta teknik flushing, jetting, simulasi tong dan botol yang digunakan gagal membuahkan hasil.

Kami kecewa tidak dapat menemui mangsa - BOMBA

Anggota Bomba ingin meneruskan operasi SAR tetapi terpaksa akur kerana faktor keselamatan di lokasi kejadian. Sepanjang 206 jam operasi, pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi pasukan SAR dan mereka telah melakukan yang terbaik dalam operasi yang tidak pernah dilalui sebelum ini.

di SINI..
Beginilah keadaan sebenarnya yang kami alami. Risiko operasi kami yang jarang kami tunjuk dan ada ketika kami tidka benarkan petugas ramai masuk ke ground zero ini sebab bahaya. Keselamatan semua petugas adalah di bawah tanggungjawab kami. Biar kami tanggung risikonya kerana tanggungjawab ini yang kami pikul sebagai pasukan peneraju penyelamatan negara - BOMBA


Keluarga wanita mangsa terpaksa menerima keputusan SAR dihentikan.

01 September 2024 - Ahad
Suami dan anak mangsa bertolak pulang ke tanah air mereka menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Sebelum itu, keluarga mangsa melakukan upacara keagamaan di lokasi insiden berkenaan.

Keluarga mangsa pulang ke India

Kini tindakan selanjutnya di lokasi kejadian akan diteruskan dengan proses pemulihan (search and recovery) dan setakat ini sekatan pergerakan belum dilonggarkan sepenuhnya di kawasan sekitar kejadian.


Teringat..
31 Ogos 1997
Teringat satu berita menggemparkan dunia. Diana, Princess of Wales meninggal dunia apabila terlibat dalam kemalangan kereta bagi mengelak jurugambar paparazzi.

#RemajaPurba: Sumber dari en. Google..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...